Wednesday, June 6, 2012

Slug: Dashboard baru.

Assalamualaikum. hummm aku baru nak update pasal dashboard yang baru ni..Begitu lama aku tidak berblog, tiba-tiba jadi macam ni...



Alah..tak payah la nak terkejut sangat..benda ni walaupun baru memangla tekial-kial masa memula nak guna, sama juga kaedah kalau kita guna benda baru yang lain. Jadi aku keep browsing ja apa yang patut. Well, kalau ikutkan versi baru ni lagi bagus sebab senang nak update. Nampak lagi tersusun dan kemas berbanding versi lama dan simple.

Sempena dengan kebaruan dashborad ini cehhh..maka dengan ini aku delete semua entri-entri lama dan memulakan yang baru juga la..

End.

Tuesday, June 5, 2012

Slug : Lagu Minggu Ini 2

Assalamualaikum. Baru selesai menonton siri ini. Kalau ikut online, hari ni last episod and can't wait for the new season of Revenge dan sibuk menyoutube

Kredit : Google Image.

So minggu ni nak share lagu ni :


...can't wait for the new season of Revenge!!

End.



Sunday, June 3, 2012

Slug: Kanibal

Assalamualaikum. Hari ni seperti biasa aku duduk kat umah. Malas betul bergerak a.k.a malas. Tadi aku baru baca paper online. Aku nak share satu artikel yang baru kejap tadi aku baca.


LONDON: Seorang lelaki yang merakam gambarnya ketika memotong mayat kekasih sebelum menghantar bahagian tubuh mangsa kepada ahli politik di Kanada, kini diburu di seluruh Eropah.
Luke Magnotta yang disyaki melakukan kanibalism, berlepas dari Kanada ke Perancis selepas memuatnaikkan rakaman pembunuhan itu di Internet.
Polis Britain bimbang bintang porno berkenaan kini berada di negara itu.

Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu.

Ketika di Britain, dia disoal oleh wartawan selepas memuatnaikkan filem dalam Internet yang menunjukkan seekor ular diberi makan seekor anak kucing.

Dalam e-mel kepada akhbar The Sun pada Disember lalu, dia berkata: “Anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada saya. Selepas ini, mangsa bukanlah haiwan yang kecil.”

Dia juga memberi amaran serupa kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Semalam, ketika 190 negara menyertai operasi memburu Magnotta, polis Kanada mengenal pasti mangsa sebagai Lin Jun, pelajar China yang belajar di Montreal.

Polis berkata, Lin, 33, menjalinkan hubungan dengan Magnotta, 29.

Penyiasat di Perancis memberitahu akhbar The Mail, Magnotta berlepas dengan pesawat dari Kanada ke Paris Sabtu lalu.

Pembunuhan dipercayai berlaku sehari sebelum itu.

Kaki mangsa dilapor sampai di ibu pejabat Parti Konservatif di Ottawa pada Selasa dan tangan dihantar ke pejabat Parti Liberal negara itu.

Seorang penyiasat Perancis berkata: “Magnotta taksub dengan Menara Eiffel dan Moulin Rouge dan yakin dia boleh bersembunyi di negara yang disukainya.”

Ketua Polis Montreal, Ian Lafreniere berkata, pihaknya kini menyiasat dengan melayari Internet memandangkan Magnotta menggunakan beberapa laman sosial untuk meluahkan rasa bangga kerana dapat melarikan diri.

Lafreniere juga memberi amaran, lelaki itu bijak menyamar diri, termasuk menyerupai wanita dengan memakai rambut palsu.

Polis berkata, Lin tiba di Montreal Julai lalu dan belajar di Universiti Concordia.

Keluarganya terputus hubungan dengannya sejak 24 Mei.

Beberapa hari kemudian, pekerja menemui sebahagian mayat dalam beg pakaian berhampiran apartmen Magnotta dan beberapa lagi dalam flat lelaki itu.

Video pembunuhan itu berdjudul ‘1 Lunatic 1 Ice Pick’ menunjukkan seorang lelaki diikat pada katil, ditikam dan dipotong dengan pisau dan pemecah ais.

Sumber: Metro Ahad.

Puas jugak la aku mengoogle dan gambar ni je aku boleh tepek. Nak tepek yang lain, tak sanggup..gulp! 

Kredit: BestGore.
End.

Saturday, June 2, 2012

Slug : 01- 02 / Jun/ 2012

Assalamualaikum. Saya tidak berapa nak sempat untuk bertaip panjang sebab tiba-tiba terlalu busy. Apapun sempat saya tetap nak ucap Selamat Hari Gawai untuk semua warga Sarawak. Enjoy!

Gambar dari Google

End.

Friday, June 1, 2012

Slug: 30 - 31 / May / 2012

Assalamualaikum. Selamat menyambut Pesta Kamatan khasnya untuk kawan- kawan ku berbangsa kadazan dusun warga Sabah. Enjoy!

Kredit : 1Malaysia.com.my

End.

Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...