Saturday, August 25, 2012

Slug: Raya 2012

Assalamualaikum. Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. Tak sedar sudah seminggu rupanya raya berlalu, cepat betul masa berlalu.



Sama seperti tahun yang lain raya ku tetap sama, cuti balik kampung dan buat apa-apa yang patut sudah ku kira rutin ku seharian, cuma bila teringat perkara-perkara yang aku buat sepanjang raya, sebenarnya sudah aku biasa aku buat. Jauh atau dekat itu juga benda yang sama aku buat. Bangga juga sebab semua itu belum pernah sikit pun berubah. Cuma semakin hari semakin aku terasa dewasa. Dulu beraya bersama adik beradik. Sekarang bila adik beradik yang tidak dapat pulang beraya, penggantinya anak-anak buah. Walaupun aku bukan la penggemar anak-anak kecil, tapi melihat anak-anak buah ku, memang melucukan. Bagi aku nakal-nakal mereka ni buat aku rasa mereka semakin comel. 

Sekarang raya pun tinggal raya dan aku sudah mula bekerja balik. Hari pertama kerja, memang super malas. Blur juga sebab banyak yang tak selesai lagi. Pada masa yang sama, aku masih lagi menerima beberapa jemputan rakan-rakan untuk beraya 'open house'. Mana yang aku dapat pergi, ok. Kalau tak dapat itu, maaf la di pinta ye..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

End.

Tuesday, August 7, 2012

Slug: Kaki Bazar..dulu.

Assalamualaikum. Pukul 12:30am dan aku masih berjaga. Update pasal Olimpik konon. Tadi baru saja membalas e-mail seorang teman rapat. Sudah lama sebenarnya aku berbalas e-mail dengan sahabat ku seorang ni. Banyak juga kami bercerita tentang kenangan dulu-dulu yang mana dia antara sahabat paling rapat dengan aku semasa belajar. Terbaru kami bercerita pasal puasa. Masing-masing mengenang zaman ibadah puasa kami dulu. Walaupun sahabatku ini BUKAN ISLAM, namun mungkin rentetan kehidupannya yang lebih kearah 'kemelayuan' menebabkan dia mudah untuk menerima budaya kita termasuk puasa. 

Lucu juga, sebab ketika puasa saja, petang jumaat, tidak kira semasa aku belajar atau sudah bekerja ketika itu, pasti aku akan turun ke Seremban untuk berjumpa memberku. Sampai di sana, kami terus berjumpa beberapa lagi teman langsung terus ke bzar ramadhan. Di bazar kami memang rambang mata, ada saja makanan yang kami yang ingin cuba sampaikan ada seorang lagi member mengeluarkan ayat ni..'kamu dua ni kalau bab makanan memang PALING IDEAL. Yes! itula kebenanranya.

Sama juga ketika penghujung puasa berakhir, seperti biasa aku dengan member ku pergi ke bazar sebanyak yang boleh, barangkali satu hari saja ada 5 hingga 6 bazar kami 'kunjungi' dan berapa banyak juadah yang kami beli masa tu? memang banyak! sampai rumah, makan sampai puas lalu tertidur di atas katil. Seperti ular. haaahah..

Sama juga ketika membeli baju raya, aku dengan memberku ni la yang paling sakan, rambang mata dan pengkritik bebas bila tiba bab baju. Ada saja baju kami cuba, bila kena beli tak kena blah. Apapun antara zaman puasa bagi aku paling tak dapat aku lupa. Ada juga lah beberapa pasang baju kami beli dan yang tak boleh blah kami cuba baju tu dan terus snap kamera..oh ya pernah baju yang aku beli tu, aku pakai untuk terawih tapi terawih la sangat...sudahnya cari angle dalam masjid tu dan snap lagi...

Sekarang ni, puasa ku cukup sederhana, pergi ke bazar bila perlu. Nak cari teman lain untuk di ajak..hmmm susahla kot sekarang ni...so kalau tidak ke mana, aku makan saja apa yang ada di rumah. Bukan tiada teman, cuma mungkin tidak semeriah dulu kot?ahhh...

So sekarang ni aku banyak fikir, siapkan kerja yang terbengkalai sebab cuti pun sudah lulus. pulang ke rumah dan menghabiskan masa dengan anak buah ku yang sorang tu...

End.


Saturday, August 4, 2012

Slug: Tiga perkataan...

Assalamualaikum. Baru habis update status tadi dan terjumpa gambar di bawah ni. sekadar hiburan.:))



3 perkataan pertama aku jumpa : LOVE, YOUTH, SUCCESS!

End..

Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...