Wednesday, July 16, 2014

Slug: Lagu Minggu ini 13- Ya Allah (Lah Ahmad)

Assalamualaikum. Kan masin mulut i. Demam sudah ok, batuk pula menyerang banyak pula kahak bertapa dalam tekak, maka dengan itu sahur i cuma strepsils dengan ubat batuk cap ibu dan anak. Aku larat lagi g keje tapi cam ting tong sikit la penangan ubat kot, terlebih dos kot. Oklah marilah kita layan-layan lagu ketuhanan dulu ye..lepas ni i nak carikla album Lah Ahmad ni, cam best je lagu-lagu dia semua. Ok bye



End.



Tuesday, July 15, 2014

Slug: Salam Nuzul Al-Quran & Kenangan Mengaji bersama Ustaz Aras Bin Tollah.

Assalamualaikum. Wah kemain semua update semua yang bebaik je ya zulfa...hehehe. Alhamdulillah. demam dah ok sikit tapi masalahnya sakit i ni bukan jenis pakej. Demam ok batuk pulak, nanti batuk ok sakit kepala pulak. Biarlah...

Hari ni 15hb, 17 Ramadan InsyaAllah kita semua akan melepasi puasa untuk hari ini. Cuaca ok and sepanajnang puasa ni ada 2 kali ikeletihan yang amat. heheh. Sempena, bulan baik la katakan, i nak wish Salam Nuzul Quran. Sebenanrya i x tau pun maksud 'Nuzul' tu sampai la pepagi tadi i berWhatsapp dalam grup tanya pe benda 'Nuzul' tu. So maksud Nuzul tu dari bahasa arab katanya Nazala maksudnya dalam BM, Turun errr oook... Sesiapa yang baca ni confirm la korang lahar aku sengal haaha..whatever!


Cakap pasal Nuzul Quran, tetiba pulak teringat dengan sorang ustaz ni, dia dah arwah nama dia Ustaz Aras bin Tollah. Ustaz ni la yang ajar aku mengaji Quran dari Muqaddam (betul ke ejaan ni?) sampai buku Iqra yang ada 6 bahagian tu sampai lah Quran Besar tu. Dari aku sengal-sengal umo 6-7 tahun kot sampaila aku khatam semua Al-Quran tu umo aku 13 tahun. Bayangkan la wei betapa sengalnya aku nak menghabiskan semuanya bertahun-bertahun mending dengan bebudak sekarang ni yang boleh khatam usia 9 tahun dah boleh khatam. eh bolehke?Hairan la.  susah kot nak membaca Al-Quran ni. Kena Tabah. Rumah arwah dekat je dengan rumah i d kg so senang sikit la, i ingat lagi hari Sabtu Ahad tu Kelas Hafazan, Isnin hingga Khamis mengaji 2 jam kelas fiqah dan Tauhid 1 jam lepas tu makan-makan, Jumaat cuti, habis je mengaji tu memang best sebab masa tu kan kira masa untuk bermain, dulu kawan-kawan se-mengaji selalu datang main kat rumah sebab sebelah rumah i dulu kawasan tanah lapang, so ko gaduh ketwak, mengumpat ha d situ jugakla, sebab tu terbawa-bawa smapai sekarang haahaha..

Teringat beberapa kenangan bersama arwah ustaz, arwah tidak punya anak, jadi anak-anak murid arwah merupakan anak-anaknya, i sentiasa ingat dengan arwah macam mana arwah mengajar kami adik beradik mengaji, cara kenal setiap butir huruf Al-Quran dan cara menyebutnya. Tapi bukanla sampai nyanyi2 tu like Arab style tapi cukup sekadar berbunyi berdasarkan harakat tu pun sudah cukup. 

I tetap ingat arwah selalu dulu-dulu kalau ada kenduri ke, Majlis khatam Al-Quran ke, Cukur Jambul, selalu i ikut arwah ikut berzanji, Alhamdulillah walaupun i ni sengal-sengal ubi keledek, tapi jenis cepat ok, ko jangan main-main. Orang kata berzanji tu susah jugak, tapi kalau belajar pun ok je kot. Tapi bukan i sorang je ada dua orang lagi teman se-mengaji yang masa tu antara yang boleh tahan jugakla bacaannya. So masa part berzanji tu dia acara bergilir-gilir, bangga jugakla masa tu sebab kitorang 3 je bebudak kecik masa tu yang lain semua taraf pakcik-pakcik. Mesti arwah pun bangga dengan kitorang hehehe.  Tapi tidak ketinggalan juga masa tu yes makan free dan dapat duit ala-ala sedekah la..RM 10- RM 20 kot..banyak tu...

Entahla wei, dulu-dulu i minat sangat mengaji, siap perasan kau, i la paling terror mengaji lagipun i kira ketua kelas mengaji kot hahaha..sebab mengaji jugakla i pernah menyimpan impian untuk bergelar USTAZ, walaupun aku x pernah tulis kat buku rekod sekolah yang tulis 3 cita-cita tu bila besar ingt x ada buku rekod tu??hehehe..tapi time jugak i ada gak fikir yang i  x pernah sekolah agama so how come 1 day i boleh jadi ustaz? yang mana i terus terang i sememangnya jeles masa tu kalau tengok bebudak sekolah agama, tapi i x salahkan mak bapak pun sebab i pun x pernah pun mintak nak sekolah agama. :(

Sekarang ni wei entahla, jangankan mengaji, Solat pun tunggu susah baru ingat solat la kot. Kalau x tu tidakla. Bukan x mampu nak buat, bukan x da niat nak buat, semua tu sentiasa ada tapi faktor MALAS la kot. Nak tunggu hidayah eh x kan nak tunggu hidayah, kita yang patut carik hidayah..

Apapun Alhamdulillah walaupun i jarang mengaji, tak pernah sikit pun i lupa bacaan-bacan AL-Quran sebab arwah pernah cakap kalau lama x mengaji nanti boleh lupa, tapi mungkin berkat arwah yang selalu doa anak-anak muridnya termasuk aku. InsyaAllah x lupa, cuma hafazan tu kalau ayat-ayat suci reringkas yang boleh untuk solat tu ok lagi la, kalau Surah yang nak panjang-panajang sikit tu, memang dah lupa pun. 

Al-Fatihah untuk arwah yang banyak menurunkan ilmu agama untuk bekalan i. ralat juga sebab x dapat datang masa arwah meninggal beberapa tahun lepas, ikut my mum cakap, ramai juga anak murid yang datang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman Amin.

End.








Saturday, July 12, 2014

Slug: Salam 1 Palestine

Assalamualaikum dan salam satu Palestine. Alhamdulillah hari ni genap dua minggu kita sesama umat islam berpuasa di bulan Ramadan. Dugaannya kali ini, aku demam, tapi x da demam bagai nak rak. Demam-demam gitu je. Apapun dah boleh dengar lagu raya ni hehehe saja ambil-ambil mood. So xda buat apapun hari Sabtu ni just baca online paper, so tadi baca  Kosmo baca pasal Gaza, tengok gambar je pun sudah cukup untuk menerangkan semuanya.






Ya Allah, aku x mampu berbuat apa-apa, tapi Insya Allah doa dalam hati sentiasa seiring dengan harapan semuanya akan kembali pulih. Sedih tengok gambar-gambar rakyat Palestine, 



Aku pinjam gambar kat atas ni dari google+ Palestine boleh follow dan tengok gambar-gambar sedih. Sebenanrya aku pun tetiba semakin tak larat, so nak baring-baring jap.bye.

End.

Tuesday, July 8, 2014

Lagu Minggu Ini 12- Salam (Lah Ahmad)

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah hari ni masuk hari kesepuuh kita umat Islam berpuasa. Semoga semua di permudahkan, Samada Aku  berbukapuasa  mahupun sahur di subuh hari semua serba sederhana. Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadan, baru sekali pergi ke bazar Ramadan sebab nya aku malas orang hari-hari pack. Jadi Selepas kerja aku terus je pulang ke rumah dan masak-masak bujang, pokoknya semua serba ringkas. 

Setakat ni aku belum juga berkesempatan buat solat Terawih, sebab selalunya lepas kerja, berbuka aku g workout, Insya Allah selalunya aku p terawih hujung-hujung ramadan atau malam LaillatulQadar. Cari berkat katanya.

Walauapapun rencananya semuanya bermula dengan Nawaitu ok. Okla layan lagu jap. 




End.







Friday, July 4, 2014

Slug: Throwback Travel KK - (Karambunai & Tanjung Aru )

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari dah masuk hari Jumaat, 04/06/2014, hari ke enam Ramadan InsyaAllah kita umat Islam berpuasa. Aku pun x tau nak taip pe benda tapi aku just nak update sikit lagi pasal cuti-cuti KK hari tu. lepas kitorang kununnya berpusing 1 KK, sempat jugakla singgah kejap somewhere di Karambunai, sebenarnya xda buat apa pun masa tu just jalan dengan beberapa teman sekolah dulu-dulu, maklumala kununnya lama x jumpa kan...

Macam biasa view memang membuatkan hati terasa tenang, hilang segala pening kepala...





Rombongan abang Jali sudah mari..errr abang Jali??tetiba..


Kawan 1 sekolah ku, Datin Nurinah.. kau ada??dengan anaknya Atun. Terima Kasih Sahabat ku sebab sudi luangkan masa buat mini reunion ni walaupun ada masalahmu sikit disebaliknya..


Ni la rombongan 'Abang Jali' haahaa aku, Mr LKM, Datin Nuri and Ima.


Lepas tu kan kalau ke KK mesti singgah ke Tanjung Aru ye teman-teman, yang ni antara tempat wajib mesti pergi ok..



Sempat jugakla tengok suasana pantai ni kejap sambi lepak-lepak yang penting sunset di pantai ni ok, sambil makan jeruk buah.. kedondong kau! 



Sebelum balik selfie dulu aku dengan sahabatku Jualiana. Tq Girlfriend..hehe


ok la aku ada keje nak buat. nanti lagi ya. Take Care you all, bye.

End.

Wednesday, July 2, 2014

Slug: Lagu Minggu Ini 11 - Ramadhan Tiba lagi (Opick)

Assalamualaikum. Ramadan tiba ramadan tiba..marhaban yaaa  marhaban yaaaa ramadan haaha kau mampu aku nyanyi sambil nyanyi sambil geleng-geleng kepala??hehehe..hari ni InsyaAllah masuk hari ke-empat berpuasa, semoga semuanya di permudahkan, siapa-siapa yang baca mehupun terbaca entri ni, lagu ni untuk kau!




ok. bye
End.

Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...