Tuesday, September 30, 2014

Slug: 20 random facts about me kununya hehe.

Assalamualaikum. Ya tuhan pening plak kepala aku niii..tapi aku gagahkan jugaka sebab memang hari ni tak berapa sibuk. Nak update pasal tajuk yang aku buat di atas tu. Macam lambat la pulak, sebenanrya aku kena tag dari my friend dari google plus, tapi malas nak update di situ so aku update di sini saja.


1) Anak ketiga dari 6 adik beradik. My sister dah meninggal dunia berpuluh tahun lepas.

2) Golongan darah AB

3) Nickname banyak, famili panggil Zul, members panggil fadz, fad, li, bell, leng, memet. Tapi aku prefer FADZ.

4)<----Nombor kegemaran

5) Berbintang capricorn so boleh agakla la aku bulan berapakan..malas nak cakap.

6) Kawan selalu cakap sebelum kenal aku pendiam kadang poyo. Sebenarnya ko kalau dah kenal aku gila2, banyak bercakap, pendiam tu sebab aku jenis orang yang x pandai memulakan sesuatu, ataupn aku dalam mood boring yang teramat sangat. mohon faham ye.

7) Aku ni x pandai main game, cakapla game apa sahaja, even solitaire tu pun aku x pandai, sukan ke apa   semua x pandai, so  kalau ko nak cakap aku macam kaki bangku ke, bosan la ko ni ke..aku tak terkesan pun..jogging la satu-satunya aku tau buat untuk kekal sihat and lately ni aku macam 'health conscious' jaga segala pemakanan, maklumla dah menuju kearah tua.

8) Aku antara rakyat malaysia yang tak suka baca buku. Google..yes.

9) Sekarang ni masa lapang aku kalau x kat rumah, g tengok wayang, so aku xnak la cakap aku ni update segala wayang2 terkini kan..nanti semua nak tau sinopsis..hehehe.

10) Adik beradik, mum, nenek adalah orang yang paling aku sayang, air di cincang xkan putus beb, and my mum adalah orang yang selalu aku call cerita segala macam hal..i love her!

11) Jarang bawak smartphone keluar dengan member kecuali kalau keluar sorang2 sebab poket berat, wallet pn sama jugak, my ic,other atm card skang ni pn sekali je dalam hp case, senang. Entahla rimas pulak masuk dalam poket. 

12) Kalau berjalan dengan member, aku jalan sebelah kiri sebab akward jalan sebelah kanan

13) Aku ada satu tabiat, setiap kali aku nak tidor aku akan cek semua pintu, soket elektrik and peti ais atau apa sahaja la dalam rumah tu berulang kali (10x kali kot) lepas tu kalau semua dah selamat then blhla aku tidor dengan aman hehe.
 
14) Selalu clumsy, cthnya ko suh aku buat kerja yang nak hari tu jugak pentingnya ha ko tgk la aku berpeluh semacam.

15) Tidak suka gunting rambut. Kalau aku pompuan, pasti aku cantik dengan rambut panjang mengurai. hehe.

16) Aku ada penyakit asma sejak umor kecik lagi.

17) Aku x karoke ok, ko suh la aku nyanyi macam mana pn aku xnak. selalu teman kawan g karoke tapi aku tido je didalam tu. LOL

18) Suka tengok sereis drama. Sekarang ni tengah layan Revenge and Scandal.

19) Di rumah aku selekeh gila, d luar rumah i dress up ok hehe..

20) Pendengar yang baik, aku suka kalau orang share apa2 dengan aku. serius..terasa diri ini begitu berharga.

ok la bye..

















Thursday, September 11, 2014

Slug: Sejak Setahun lepas..Edisi menyihatkan badan.

Assalamualaikum. Baru je lepas makan. dengar lagu jap sementara tunggu pukul 2pm untuk sambung kerja mencari sesuap nasik untuk di suap dan suap sendirik! hehe. Teringat beberapa hari lepas ada la beborak dengan beberapa kawan, sebab mereka ni akan masuk 30 bulan ni.  Entah kenapa aku pulak menjadi pakar rujuk (perasan). Rasanya sebelum ni ada jugak seroang rakan baru je berWhatsapp nak mminta tips macam mana nak menghadapi usia 30.

Jadi memandangkan aku pun dah masuk awal 30-an, xada apapun aku nak kongsi apa-apa tips untuk usia 30. usia tu angka je kan, kalau nak tips tu xda sangat la, cuma aku nak share satu benda yang aku dah amalkan sejak  setahun yang lepas, so maknnaya aku dah 31 la kan?tiber kantoi..hahah tahun lepas tu aku dah start amalkan jaga pemakanan sikitla, so memula sekali

1. Kurang makan nasik. memangla nasik tu rutin kita kan, macam jenis aku ni jenis melantak x hingat, asal sedap je x kira, lantak tetap lantak, itu yang menyebakan aku x balance sebab time tu aku antara kategori rakyat malaysia yang pemalas nak bersenam. so kurangkan nasik., macam mana nak kurang tu terpulang dari pengambilan, kalau macam aku dulu 3 4 pinggan sekarang aku dah makan sepinggan sahaja ya tuan tuan.

2. Lauk pauk. Dah ko makan nasik tu yang punya carbs tinggi segala, so kurangkan la lauk pauk tu supaya balance dengan nasik tu. ko ambil nasik sikit tapi ayam ko besar gedabak pun x guna jugak. Sayur-sayur blh ambil lebih sikit sebab sayur je kan??

3. Minum banyak air kosong. Sejak tahun lepas lagi aku dah elak minum  air berkarbonat, pepsi ke coke 7up ke..no! tapi bukan la x blh minum langsung, kadang lepas gian Mcd or Kepsi tu minum la jugak...hehe. lepas tu minum 3 in1(white coffe, nescafe,indocafe, kopiko la cofee etc)  tu pun aku dah start kurangkan. tapi kadang minum jugak macam sebulan hanya sekali. Ada dua minuman yang aku selalu minum:


  • Jus lemon. kalau ke pasar tu rerajin la beli lemon, balik rumah ko perah, ko ramas dengan penuh kasih sayang, dengan segelas air ko minum, aku xda hal na minum pepahit ni semua tapi kalau xtahan boleh je campur madu sikit

  • Apple cider Vinegar. Yang ini pun aku amalkan setiap hari, xkirala sbeelum makan ke, selepas makan ke, aku minum je.  Yang ni kalau di kedai2 harganya dia dalam RM25 untuk 750ML. Campur sikit dalam segelas air and minum. Kalau yang ni dengan honey so x 'keras' sangat. Kalau tanpa honey boleh jugak tapi agak 'keras' so ikut selera.




4. Banyak makan buah, sebelum ni memang biasa makan buah, cuma sejak tahun lepas tu aku like macam kerap sikit la makan buah, kununya mnganjalkan kulit hahaha,xdela aku xtau apaun khasiat buah aku just rembat je buah dipasaran macam epal, orange, kurma,belimbing. ni buah buahan yang biasa aku makan la. Ni contoh buah yang aku makan sebelum/selepas makan.



5. Yang ini penting, bersenam. senaman tu kenala konsisten wei, ko xyah la nak jadi Abang sado yang nak menyadokan diri, macam aku x ingin pun aku nak jadi sado bagai sebab aku lebih suka badan aku firmm macam tu je, just nice kata orang, nak sado pun aku rasa xguna jugak, sebab aku pun bukan jenis yang suka tunjuk badan dikhalayak ramai, depan mak bapak pun aku malu nak tunjuk, so aku tunjuk dengan orang yang tersayang sahaja (tapi belum ada) hehehe. Berbalik pada senaman, kalau ikutkan aku macam ni, sebab berat badan aku mudah naik lambat turun. Kebiasaanya aku Joging, joging ni dari dulu lagi aku dah start amalkan tapi macam biasa malas x sudah. So sejak tahun lepas aku dah macam aktif balik. Memula tu agak payahla jugak, dengan lelemak selonggok di perut, mengah-mengah, sampai hari ni aku dah biasa dah hehehe. Tapi sebelum tu aku buat warming up dulu, maksudnya sebelum ko keluar menjoging, ko buatla warming up. Senang je ko youtube je: how to lose weight apa ke..semua bersepah, kalau aku , aku selalu workout dari Fitness Blender. Banyak je workout yang boleh diikut, so jimat la duit nak g gym hehe.



So sejak tahun lepas tu rupa aku dah macam ni..


Gambar baju hitam tu aku tahun lepas dan yang gambar sebelah x berapa nak jelas dengan background yang ntah apa2 tu, tahun ni, Mei lepas. aku bukan hadap sangat nak kurus ke, bajet macho ke apa, aku just nak sihat sahaja. So itu je la, aku ni bukanla pakar pemakanan , kesihatan bagai kan tapi sekadar kongsi pengalaman, mana tau berkesan untuk ko? bye.

End.


Tuesday, September 9, 2014

Slug : Kebakaran

Assalamualaikum. Baru la dapat update blog, x menyempat. Semalam malam dapat berita daripada kawan-kawan grup Whatsapp berkenaan Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau terbakar, kalau tengok info hari ni 50-100 buah rumah jugakla terbakar..







Gambar atas tu semua share daripada WA grup sebelah malam and ni pulak sebelah pagi..




Seriusli 2014 ni tahun sedihla kalau ikutkan d tawau ni sahaja ada kebakaran sebelum ni, bermula dengan Kg Titingan dan bebaru ni kebakaran di Kg Baru Pasir Putih dan yang paling terkini Kg Tg Batu Laut. Kesian jugak bebudak yang nak ambil peperiksaan UPSR hari ni. Semoga keluarga dan beberapa rakan di sana dalam keadaan muhasabah diri dan ok. semoga terus tabah dan takziah.

End.


Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...