Saturday, March 26, 2016

Slug: Terima Kasih

Assalamualaikum bloggie, hari ni x tau la nak buat apa, tadi lelepak kejap dengan kawan, balk rumah terus lah bukak cita tv 3, cerekaram tapi ntahla macam x da mood nak tengok, tajuk x boleh blah, kolam cinta. Tak tertarik langsung aku nak tengok. Tapi tadi terlepas satu drama kegemaran pulaak,,, Cinta 100kg. wei aku ayan weii drama hihih..ok cecukupla drama.

Seperti biasa aku belek hp, lepas tu nampak pulak ni..sejenis penghargaan okey! hihih, ini bermaksudkan ada jugakla reader aku kan, (kalau xda pun, aku buat blog ni macam diari pun ok bah)..apapun terima kasih member aku ni, well sebenarnya kitorang kan selalu jugakla WA, boleh kata hari-hari kot hihih, ada sajala kitorang bual-bualkan (bual apa tu aku xleh la aku nak cerita) so biar aku dengan member aku ni sajo yang tau. yang x menahan tu, sibuk caner pun..sempat tu update..hahaha..maybe member aku ni fikir..mamat ni dah kenapa kan?


Alhamdulillah aku percaya satu benda, kalau kita percaya pada sahabat, susah senang pasti kita akan menghargai sesuatu walau kita terima 5 sen pun, macam kitorang bercerita cerita tu, mesti mau selit sikit kata-kata motivasi, mesti mau be positif dan sayangi dirimu, macam tu..dan bila kita terima kata-kata kebaikan dan semua hari tu akan menjadi senang, termasuk berdoa pada Allh tu memang wajibla kan. Macam aku, aku pilih orang denga siapa aku nak cakap sebab aku ni dah berapa kali dah dikenakan orang yang tak bertanggungjawab  yang macma kimk..

Ok la aku pun tak nak cakap apa lagi, sebab fikiran aku dah masuk kelain...(nak stereka baju, nak tido, esok nak memain dengan kuceng, bla- bla bla)..jadi baik kau berhenti disini sahaja dulu.. kepada member itu, Terima Kasih.

End.






Friday, March 25, 2016

Slug: Sedikit Persoalan..

Assalamualaikum, alhamdulillah bloggie, hari ni dalam sejarah sebab buat julung kalinya setelah seratus tahun menanti akhirnya hujan membasahi bumi..hihihi..ok gurau. Panas kan beberapa hari? kulit dan bibir kering, duduk dalam aircond pun terasa jugak panas, tapi syukurla hari ini hujan. Amin!

Alhamdulillah urusan-urusan peribadi semakin lancar, stress, kelam kabut tu biasalah kan? tapi alhamdulillah banyak juga perkara-perkara peribadi dapat diselesaikan. Aku ingat lagi pesan sorang member ni, walau apa juga tekanan, sentiasa postifi itu saja, dan kami sentiasa saling mengingati jugakla, heee..

Nak kongsi satu benda, hari tu aku MC lagi, sebelum in MC sebab sakit-sakit orang tua..kali ni sakit gigi, ampun aku gang, sakit yang x boleh buat tidur malam and muka jadi bengkak. Jadi memandangkan benda ini tidak boleh jadi makanya aku langsung ke klinik Dr Lim tu. so dpt la cuti sehari. 

Yang tak bestnya, hmm, mcm mana ya, esokya aku sampai office, seperti biasa duduk  dimeja dan termenung, kalau ada sesiapa yang pernah terbaca (kalaula ada) dulu ada buat entry pasal hal ni jugak, Sakitnya tuh disini (entri pun tak boleh blah hihi)..ok sambung, aku duduk dimeja dan termenung memerhatikan keadaan meja ku, dalam hati ku berkata 'ok, my boss duduk lagi meja ku, check my work dan kerja-kerja ku' hmmm setakat ni ok my work  aku boleh cakap tak ada la teruk sangat kot. sebab aku sebenanrya dah bersiap siaga...tapi yang tak bestnya bila aku buka komputer...

lepas tu aku macam, what the FFFFFFF....! tak taula aku beberapa hari fikir juga, apa yang mamat ni nak sebenanrya? nak cari salah aku ke? ntahla benda macam ni sepertinya kepercayaan terhadap seseorang tu dah berada dalam tahap kosong. Serius aku x suka la macam ni, xdapat apa salah di meja, boleh pulak stalk komputer aku masuk username sendiri..macam..apakah?ke dia nak check aku letak gambar-gambar porno ke macam mana? lepas tu aku macam terfikir jugak, perkara ni akan berterusan kah? Sekarang ni pun kalau aku nak rancang cuti pun dah mula berfikir dah..bukanla aku takut sebab masalah kerja atau apa, tapi sebab percaya tu. Sekarang ni aku pun macam fake, ikut saja la cara kerja seperti yang diperintahkan, ikut susunan bla bla bla...masih menyesuaikan diri diri jugakla sebab sebelum-sebelum ni my work jenis yang berselerak, jadi tengah menyesuaikan diri. Tapi x tau la mana tau dah biasa nanti kan hehhe..Lepas tu minggu ni mood mamat tu ok sikit, dan boleh lak dia gegurau mesra kan..aku pun dah...eh dia ni dah kenapa? gembira semacam...

Ok la sebelum aku nak off to bed..tetiba nak belanja satu gambar terkini hihihi..


Aku tengok muka aku ni dah kertu da wei..dengan x shavenya dengan kulit kusamnya dengan ubannya macam keluar seketul macam dawai dengan mata merah haish..hihi....ni sebab beberapa hari x cukup tidor..ala selalu selfie nak hensem saja, sekali sekala burok sikit ok la kan..kita ni bukan sempurna pun..ok bye. 

End.








Thursday, March 10, 2016

Slug: Lagu Minggu Ini 30- Bulan Terbelah di Langit Amerika (Ridho Roma & Faz)


Assalamualaikum, tadi petang lepas kerja i duk lepak di lobi office, and biasanya time aku relaxing tu selalunya aku youtube sajala, aku tak tau la kenapa la aku rasa cam feel romance sensorang, kemudian dengar lagu ni adalah dalam 10 kali aku lang-ulang..dah tengok filem ni?aku dah tengok pun, ok gak x boring, boleh la layan..



Alhamdulillah esok dah pun Jumaat, well hari-hari ku seperti ni la, xda apa yang istimewa sangat pun, tak taula sampai bila macam ni kan, apapun Alhamdulillah bersyuukur jugak la sebab tuhan bagi pelunag bernafas buat segala hal dunia sebelum  semuanya berakhir, tiba-tiba rindu dengan arwah atuk..hmmm

ok la bye

Sunday, March 6, 2016

Slug: Segmen Teka Teki Benda UK2

Assalamulaikum, bloggie..baru bangun...hari ahad kot, hari malas-malas hihih, so hari ni xda benda pun buat aku join main teka teki la..

Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut?
Dia bercakap Tapi Tak Ada Mulut
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik,
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Bercakap Tak Henti-Henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti

1) Follow Blog UK Atau Google +
2) Buat  Tajuk  Post " Segmen Teka teki Benda UK2
3) Copy semua coding yang telah disediakan di box dan paste kedalam ruangan HTML dan Publish
4) Tinggalkan URL post dan jawapan di ruangan komen ini
Blogger yang menjawab dengan betul akan dimasukkan dalam ruangan bloglist UK. Tarikh tutup 7-3-2016

Jawapan saya......... (Radio) memula sekali..musik box..hihih.

nak tau lanjut boleh g blog member ni Ucingkadayan

Ok bye

End.

Saturday, March 5, 2016

Slug: Sakitnya tuh disini..

Assalamualaikum bloggie, hmmm, nasibla ada blog ni, selain aku boleh meluahkan segala keluh kesah dengan beberapa orang, disini pn antara salah satu tempat aku nak melepaskan perkara-perkara gembira, suka duka dan perkara-perkara yang menyakitkan hati. Ok, minggu ni, minggu x berapa nak best jugakla, tak tau la minggu ni aku rasa teruk jugak la, dengan hal keluarga dengan hal office, hal diri sendiri lagi...

Hari tu aku sakit, sejak isnin tu aku rasa sistem tuboh badan macam lemah x lemah tapi larat jugakla pergi office, hari seterusnya aku demam and still larat lagi pergi office, hari rabu tu kemuncak! x boleh bangun, aku macam demam, x boleh bangun, sakit sendi, sakit gigi pun ya dan keliru dengan keadaan, lepas tu aku g klinik check up sana sini, dapatla MC dua hari. ok sekian.

Masuk hal offcie, aku tak taula nak cakap macam mana, kesnya x dela berat sangat pun, atau aku ni jenis drama lelebih tu aku tak tau la kan, aku x kisah pun kalau ada rakan sekerja aku nak call semasa aku cuti, tapi tak taula, aku baru je cuti sakit sehari dua satu office kecoh pasal satu benda kecil. kalau benda tu salah aku sekalipun, ok baiklah aku salah, tapi, aku berfikir macam ni, setiap orang punya style atau cara kerja memasing. Aku tak tau yang mana 'mungkin' aku perlu ikut cara kerja orang lain sekalipun dia berpangkat boss, tapi bagi aku sekarang ni macam lelebih pulak, x kan la setiap kali aku cuti dan maksudnya dia akan ke meja aku dan check apa yang patut? aku x faham.. and kalau benda tu x jumpa, aku fikir semua orang kena hormat dengan barangan peribadi orang lain dan bukan sesuka hati nak selongkar laci meja orang disebabkan mencari sesuatu untuk perkara yang bukan besar sangat pun. Bukannya syarikat nak muflis pun. Ya, aku salah simpan benda tu ditempat sepatutnya tapi still personal aku tetap personal, call boleh dan tanya itu ini tapi xkan x b oleh minta kebenaran?

Alfatihah untuk arwah atuk aku yang kembali kerahmatullah hari Selasa 02/03/2016, dapat berita ni dari famili grup selepas aku keluar dari klinik, banyak memori bersama arwah atuk kesayangan, Insha Allah semoga arwah ditempatkan dikalangan beriman. Amin. ok la bloggie selamat berhujong minggu bersama kesayangan. bye.

End


Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...