Wednesday, June 29, 2016

Slug: Terkenang-kenang.

Assalamualaikum. Alhamdullillah bloggie, sekarang ni  pukol 4 and tengah sahur, tapi xda sahur makan nasik ke apa, hmm untuk hari ni minum milo sahaja, berasa nak makan tapi malas la pulak sebab masa berbuka tadi dah makan berat yang teramat jadi sahur ni biarla sederhana (padahal malas)

Tahla bloggie sedih lak, sahur-sahur sensorang ni ingat la jugak zaman-zaman dulu masa remaja dikampung, bloggie taulakan bersahur bersama famili, gembira-gembira gelak besar, alaaa rindunya zaman begitu. bila rindu macam ni, satu perkara aku ingat, secanggih mana pun keadaan sekarang (WA,FB,IG) tetap x sama, kongsi video pun tetap x sama macam dulu. 

Kelmarin aku buat satu permintaan dengan adik dari group WA tu kot2 la ada gamba2 lama, sekali masuk 20 keping kau dia send, hmmsebak lak rasanya, adik aku cakap, kesian kita dah tetua x sedar masa berlalu alaaaa...




Well, again tahun ni dah pasti kami adik beradik x berkumpul lagi, sebab aku balik kampung tiga hari sebelum raya, abang aku yang di KK tu ssehari sebelum raya dan yang lelain tu seleas raya, jadi x berkesempatan nak jumpa, tapi xpala yang penting mak aku gembira, sebab akhir-akhir ni cara dia cakap tu seperti rindu yang teramat dengan anak-anaknya..hmm.

k r bloggie xtau nak cakap apa dah sebab dah mengantuk balik, jap lagi nak bangun pagi sesiap keje, settle kan semua keje, sebab malas nak hand over keje banyak dengan minah tu, menyampah lak pompuna tu kalau ingat dia. bye.

End.

Saturday, June 25, 2016

Slug: Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Assalmualaikum. sebab aku x tau nak buat apa dah bloggie, lagipun aku rasa lama x mengejoin bloglist2 ni. bukannya aku nak tambah follower aku yang sekangkang kera tu sebab aku pun tak tau dah caner nak repair dekat 'Join This Site' tu sebab tiap kali ada sorang dua member nak follow tapi kuar ayat...'sorry your bla bla bla...aku malas nak tulis panjang. Jadi kalau ada sorang atau sepuluh orang..kalau la adakan..sudi nak mollow, mollow la kat google plus tu dulu k..heheh

Bloggie..aku demam ni...hmmm time-time macam ni lak buat hal kan..alhamdulillah dah p klinik tadi, makan beberapa biji epal and orange, legala sikit..imune la sikit. k r bloggie aku xmau la citer byk, lagipun sapa nak bacakan?ke ada yang baca dendiam ni..??eaaa...hmmm nakal tau..hihih gedik!

ok la bloggie so sesapa yang nak/teringin/berasa nak meyertai segmen-segmen macam ni, boleh la join member ni. jap aku tepek gamba..


Nama member ni Azhafizah, panggil je za..mandai ja aku kan?kenal pon x..hihi..sorry. Jadi korang boleh sajo klik disini Azhafizah untuk tengok-tengok apa yang patot..langkah penyertaan segmen..

  • Buat Entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah .com Julai & Ogos 2016
  • Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste diruangan HTML entry..(bawah mana?bawah seluar     kau!) ok gurau, aku malas nak copy la, ko g je la link blog tu k..copy situ pon boleh..
  • Publish and tinggalkan link entry dalam kotak komen entry asal SEGMEN BLOGLIST AZHAFIZAH.COM JULAI & OGOS 2016..inshaallah ada la orang view blog ko dendiam nanti..yang berminat boleh la follow, kalau x minat xpe..kesah lak aku kan?
Bloggie, k r, aku nak mandi jap, segarkan sikit sitem badan..Selamat bersahur..bye.

End.





Sunday, June 19, 2016

Slug: Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum Bloggie, Alhamdulillah, dah dua minggu kot berpuasa..eh betul ka?hmm betul la tu kan, hehe, cepat masa berlalu kan bloggies? tadi adalah mengular sekejap dengan rakan serumah, dah ramai dah orang shopping raya, biassala orang melayu kan suka menjana ekonomi hehehe. Seperti biasa bloggie, baru on laptop, awal pagi tadi aku bantai tidur, bangun-bangun terus cuci baju, pastu cuci kandang kucing, pastu petang-petang sikit baru jalan, ni balik rumah sambung balik cuci baju, streka baju...berapa banyak baju daa....

Tapi bloggie hari ni macam special sikit kan? Ya Happy Fathers Day...yeay! huhu..tak tau la, Aku macam bab-bab hari bapak ni aku macam kekok sikit, tadi kekononnya plan nak post kat IG je, nak ucap selamat hari bapa, memandangkan news fees IG tu penoh dengan ucapan hari bapa kan, ramaila ambil kesempatan wish i luv u dad, kau la wira ku etc2...

Pengalaman aku dengan bapa..hmmm x banyak kot..ok la sebenanrya nak kata kenangan manis tu aku tak taula, aku rasa hubungan aku dengan bapa dari kecil sampai aku 33 tahun ni, banyak momen-momen kekok. Karakter my bapak, aku boleh cakap beliau seorang tegas dan garang, bila aku cakap garang maksudnya teramat garang selain mementingkan pendidikan. Dulu aku ni bukan stok budak pandai pun macam anak yang lain, bukan jugak harapan, selau kena marah, kena herdik, dia macam bila bapak kitorang dah sampai rumah terus jadi kekok..klau nak gelak pun ada jugak kot, tapi sebenanrya FAKE hihih.

Aku still hormat my bapak, sayang my bapak, Tegas bapak kami la yang jadikan kami seperti sekarang. Bapak selalu pesan jaga diri walau mana jua berada, tu yang ingat sampai sekarang..jap aku kasi gambar..


Ni gambar bapak aku masa ni aku tak tau la tahun bila..jangan main-main, bapak aku dulu boss2 besar jugak ok haahaha...


Yang ni masa kenduri bulan lepas tu sebelum ramadan, gambar diambil anak aku la sapa lagi mamat adam tu..nak harap aku amik gambar ni mmang takla..nampak tak nak ambik gambar pun susah, ntahla bloggie teringin nak ambil gambar mesra dengan my dad sebenarnya tapi tu la...cam kekok la..cucu dia ni memang berani habis..

Sebelum kau nak logout, ada fakta nak share, my famili and members selalu cakap muka aku dengan aku memang copy habis..dan aku sebenarnya bangga ok orang cakap macam tu hehehe..To Tuan HJ Bong Tawa, Selamat hari bapa, x cakap depan-depan pun, taip disini pon jadila ya..semoga bapak panjang umur, diberikan kesihatan berpanjangan, rindu my ibu bapa, tunggu aku balik lagi nanti kita boleh makan daging kambing sama-sama. bye

End.



Tuesday, June 14, 2016

Slug: Ramadhan 2016

Asalammualaikum bloggie, hmm rindunya nak update something disini, alhamdulillah esok Inshaallah masuk ramadan ke-10.itupun aku baru sedar lepas jenjalan di IG tadi semedang orang #ramadhan9 bagai. Well, Ramadan tahun ni xdala beza manapun, biasa-biasa ja, kisahnya tiga hri sebelum puasa tu aku balik kampung kejap sebab wakil adik beradik yang lain untuk majlis kenduri arwah and sekali kenduri nak masuk puasa. nah gamba..


Mamat ni memang menghiburkan bloggie, hilangla stress sedikit fikir pasal kerja-kerja semua hihih


Yang ni masa prepare kenduri tu, kecil-kecil saja, bersederhana la kita ya bloggie.


Yang ni ko jangan memain bloggie, after kenduri terus zap rumput hehehe..my bapak ni memang x dudk diam pun ada saja kerja di buatnya.


Sebenarnya, tak ada apapun kenduri sangat kecil-kecilan sahaja, my bapak, my mamak and cucu dia adam and aku la hihih, tapi x elokla kalau xada anak yang x balik , maka dengan itu asku pun suka hatinya merelakan diri balik, so tiga hari kat kampung tu, aku duk rumah saja la, berborak melayan mamat tu dari pagi sampai petang. Sehari sebelum balik tu, sempat jugakla sahur dan buka puasa. Apapun aku happy campur2 sayu jugakla bloggie, happy sebab ni la pertama kali setelah bertahun tahun kot x sahur pertama rumah mak bapak, sayunya sebab ingat kenangan dulu. Sebab dulu-dulu kan masa bebujang semua adik beradik berkumpul, so time sahur dedulu tu memang meriah and kami dulu pasti ketawa besar-besar sambil makan. Sekarang ni berempat sajala sebab yang lain pun dah berkeluarga kan..hmmm

Jadi sekarang ni dah kembali kepada asal, aku pun dah kerja macam biasa, tahun ni berbuka puasa dan sahur sangat sederhana, acah-acah..diet cheh..haha, macam baru sdua hari lepas kot gi param, tu pn beli makanan ala kadar sebab aku dah plan dalam hati nak beli makanan beli sampai makan makanan tu sampai sahur, nampak tak penjimatan? disitu hehe

Bloggie, hujanla, nak tido..nak berpelukkan , nak empuk2 hehehe..k la sebelum aku off, nak ucap selamat berpuasa pada semua yang membaca, kalau adala..kalau xda, ah lantak ko la..jangan lupa niat! nah lagu ni untuk semua..



End






Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...