Assalamualaikum. I sebenarya malas memikirkan hal-hal sebegini, tapi semakin lama i fikir, semakin dalam i fikir semakin semak pula rasanya. I berasakan minggu ini adalah minggu sukar untuk i, dengan beberapa masalah yang yang i hadapi sekarang yang mana i x tahula dengan siapa i nak meluah sebab tahap kepercayaan i pada seeorang pada skala 4. so i banyak bermuhasabah, mempositifkan diri dan mencuba untuk menyelesaikan sebaik mungkin.
Minggu ini sahaja, adalah beberapa orang yang i rasa telah berjaya menjadikan kesabaran i menjadi nipis senipis kulit bawang. i fikir i dah banyak bagi muka dengan orang-orang begini, yang sorang ni i sudah lama bersabar, i diamkan saja memandangkan dia ni macam berpangkat orang-orang tua yang mungkin lama sudah bekerja disitu. Tapi x bermaksud u banyak makan garam, hatta 10kg garam sekalipun u telan, punya hak untuk membandingkan i dengan orang lain? i x pernah sekalipun, sebesar zarah pun cuba untk menjadikan contoh kebagusan orang lain untuk kemajuan diri? no baby.. no! i hanya melakukan apa yang i mampu buat dan apa yang perlu i buat dan x pernah i tengok atau lihat kerja-kerja orang lain. ewww! (sebut sambil bibir terjuih. Sejak ritu i malas mahu panggil dia kakak..tapi tula xkanla i panggil dia hoi! atau eh! sebab i terpandang / terdengar namanya pun i dah mula......eh kejap..ka hati i da busuk dipenuhi kebencian?aduhh mudah-mudahan xla...syaitoonnnirajimmm syuhhhh...kes ni macam kes berulang jugakla kes lain-lain, konsep sama tapi akak yang dulu dah berhenti dah pun, sempat jugakla bermaaf-maafan sebelum dia jalan..tapi yang ni xtaula...
Yang sorang pulak tu. hmm ni lagi satu, acah-acah menjadi mangsa keadaan, mangsa-mangsa kesian tapi sebenarnya x faham keadaan padam masa sama sempat la mengeluarkan ayat-ayat yang acah-acah menyalahkan orang lain. i macam ko apa hal wei?? apoo? i dah susah payah dengan member sebab dia ni sahabat i kot, rakan membawang lagi..pergi restoran-restoran hipster ok semata-mata mau membawang haaha...i menolong, mencari dan mengejar hujung-hujung tahi yang i dapat..dahelll? kena la se das..haila susahla macam ni. masalah ni pun sebenanrya salah faham saja tapi tu la, hangin pula c kawan. Yang x boleh blah tu, i cuba call itupun atas dasar urusan-urusan kerja ya, cuba jadi pro sajala dan i xda urusan pun mahu berbaik-baik atau apa, adakah patut member tu letak? i sempat cakap hello saja...then member tu letak...hahaha lawak..aduh mak...ohh gosh...
Jadi tu la antaranya, ada lagi beberapa orang, sampai-sampai left group whatsapp tuuu padahal perkara tu kecil ja pun...hahaah tapi x payahla kot detail-detail. move on sudah...i bukan berusaha untuk cakap maaf ka apa, tapi i fikir cecukupla..kalau nak fikirkan u kena memarah di sana? habis i senang lenang ka disin?i rasa keadaan i lagi teruk kot, kulit i jadi kusam ok, rambut i makin memutih, terpaksa beli pewarna rambut warna hitam, terpaksa filter sedikit gambar ketika selfie sebab penampakan pori-pori makin meluas, bebaru ni pun hari jumaat lepas akak-akak depan tu cakap muka i nampak penat...c...kang x pasal-pasal i beli Mary Kay Men dengan member i tu..terbang lagi seratus dua... dah la i ni sejenis pemalas memakai segalai bagai benda tu..i ni single lagi, belum berpasangan..lain la u all tu dah besar panjang dah dah ada famili dah pun semua, ada prob xdahal main saja terus...dah puas main kan semua?...motifla i cakap main kan..haha..
End.