Monday, January 22, 2018

Slug: Semeter 3 (bahagian 3) - MCC

9:56PM. Assalamualaikum bloggie. Aku berasa nak cecepat bloggie update ni sebab kejap lagi berasa nak keluar kejap g cinema hehe. sekarang ni x boleh nak gembira sangat bloggie sebab ada beberapa orang tersayang sedang x berapa nak sihat, ni pun dah stop keluar memalam duk rumah sahaja dan menelaah buku-buku pelajaran..gituuuu hahah.

xdala bloggie saja nak kongsi sedikit kegembiraan, ya la, nak kongsi bersama pasangan, alhamdulillah aku masih single..eh.Jadi kongsi sini sajala, kot2 adala dua tiga orang kawan terbaca bolehlah tersenyum sama. Tapi bukan ada apapun nak kongsi keputusan exam saja. alhamdulilah bloggie, semester lepas result dah keluar dan alhamdulillah Gred yang di ingini mencapai lebih apa yang disasarkan. Gred apa tu, aku x bagitau la, kecuali yang bertanya sahaja, takut la macam poyo pulakkankan. Jadi macam tu la. semuanya berjalan lancar dan kira x sesia jugakla bersengkang mata ngadap laptop buku sambil ditemani latte-latte kesukaan heheh. adalah tadi update status Whatsapp kemkawan dan mengucapkan tahniah tu terima kasih la, jauh lagi perjalanan study ni, minta-minta la sampai kepenghujung dengan jayanya. Amin!

Rentetan dengan result ni la aku macam nak reward skitla, macam biasa pegi cinema. tengokla cerita apa yang patot. macam lama x pegi tempt tu, macam beberapa bulan tahun lepas. ni skg cuba untuk habiskan segala kerja-kerja print out modul dan esok dengan semangat waja, nak study haahaha.. eee macam poyokn. oh my, aku taip2 macam-macam ni terus throwback zaman- zaman student life. ingat lagi zaan belajar quite fun jugakla, lepas belajar update blog, lepas kelas update blog, sebab zaman aku masa tu blog tengah in, facebook baru nak up, frinedster myspace tu tengah mendonia lagik. so bila tetaiop macam ni teirngat jugakla hmmmm..

Aku berharap semester ni, perancangannya untuk cuba lebih teratur, cuba untuk tidak buat semua perkara, semua last minute, <--- oh my cara aku fikir-fikir ntah betul ka tak aku buat ni haaha nak gelak la. hahha

cuma yang tak bestnya sekarang  staff2 yg tengah menguruskan penukaran lokasi aku ni ha, adoilaa, aku ni sekarang tengah bersabar, aku bagi diorg masa untuk update, kalau x update jugak dalam minggu ni, tengokla ak ngadu ngan Pn Kamariah lagik, baru tau. Ntahla tak faham jugakla kekadang staf2 diorg ni nak kena main orang atasan baru nak gerak, faham la kerja tu keakdang ada masa turn off, aku pn mcm tu, tapi takkan la Whatsapp pn x reply update apa yang patut ka kan? ni di biar2 kannya blue tick? ppffttttt! bontot btl la. Tapi xpala aku trunggu jugak dalam minggu ni, kalau xda jugak aku send email CC  kesemua yang berkenaan (berdasarkan tahap simpati dan empati)

k la, sesiap dulu. bye.

End.

Monday, January 15, 2018

Slug: Semester 3 (Bahagian 2) - MCC

11:21PM. Assalamualaikum. Macam biasa bloggie. super penat yang amat! apa yang aku fikir sekarang kerja carik rezeki biaya pelajaran dan untuk orang-orang tersayang chehhh heheeh. Hari ni nak cerita skit pasal hal-hal berbangkit pasal pendaftaran hari tu kan. Aku tak taula sebab issunya ini dah macam semakin 'besar' sampai melibatkan orang-orang atasan. asalnya aku ni nak jugakla selesaikan cara-cara santai, tak tau pula hal-hal sebegini sampai ke orang-orang atas. untuk memendekkan cerita aku cerita jugakla apa yang terjadi dan apa yang aku rasa terhadap sesetengah staff yang menguruskan hal-hal aku nih. Ya Allah im so student baru nak up ok. aku mengadu jugakla apa yang berlaku sebenarnya  yet aku pinta dengan puan tu untuk tidak menyalahkan staff berkenaan. bukan nak tunjuk baik pn, sebab malas la nak panjangkan issue. ok part ni setel, dah drop satu subjek dan untuk semester ni aku ambil dua subjek ja: 

1)CORPORATA MEDIA RELATION

2) ISSUE AND CRISIS MANAGEMENT

Aku pn bukan apapun, senang cerita aku ni sejenis yang memerlukan info yang lebih, bkan sekadar jawapan mmmmm untuk sesuatu jawapan yang tidak pasti, kalau tidak pasti cakapla ja la tak tau ka x pasti ka instead mmm. Mmmm kalau acah-acah blur xpa, ni acah-acah kerek. aku positif lagi faham kerja banyak, i mean semua orang punya kerja banyak kot. pleasela, then aku emel la dengan sesiapa yang berpatutan, tu pn laaaa hai...emel yang di hantar cthnya 5hb, 5 hri akan datang baru akan berbalas dengan jawapan ringkas, aku macam.huhhh??? sebab tu la benda2 begini terpaksa melibatkn orang atsan. So far alhamdulillah la. semua berjalan okok saja (malas nak kata lancar.. bkn lancar pn) 

Jadi yang satu subjek lagi tu aku dah drop sebab aku tengok modul dia panjang nak mamps, selain faktor kewangan aku sendirila, maklumla wak kita bayar guna duit gaji wak , xda loan ptpn or kwsptu semua xda, semua sendiri wak, seratus peratus dari hal-hal printing semua...semuala hehe.

Masalah sekarang nak tukar lokasi, bukan apa dah aku bekerja di tempat sekarang kenala ikut dengan keadaan masa sekarang kan, kalau fly kedestinasi berdekatan tu aku ok lagi, tapi kalau fly ke destinasi jauh..masak wak..duit tuuu. sebab kalau tak tukar lokasi xpasal kena bayar la hapala, tu bagi aku kira rugi jugakla. ni saja benda tak setel lagi. aku tunggu ja la apa staff sorang ni cakap, katanya sistem glitch. ok faham



Sehingga hari ni ni perbulan whatsapp aku dengan member tu, so aku positif aku  tunggu sampai esok lusa, kalau still glitch jugak, aku glitch dia nanti haaha. ok gurau. so far tu sajala kot masalah berbangkit. kejap2 lagi nak sambung print-print module pulak. 

Sekarang ni sejuk kan, best pulak rasanya, terbaca jugak tadi sejuk tular bagai, aku macam, alamak, sejuk salah panas salah, habis tu nak apalgi?? tolongla. ok la macam nak bebaring jap nak buat 3 in 1 latte pn ada, tapi macam biasa malas nak turun bawah tuutp gatela tutup pintu la..aduhhh..lemahnya.

ok nanti sambung.

End.




Friday, January 12, 2018

Slug: Semester 3 (bahagian 1) - MCC


11:52PM, Assalamualaikum. ehh..masa-masa ni macam ni la baru la sesibuk nak online kan?heheh xdala, tadi nak tak nak ja online sebab tadi dah bebaring atas katil tadi then teringat pulak kat bawah tadi nak makan kek la, nak lock gate la, lock pintu la haaaduuhhh malasnya, aku..tapi ku gagahkan jua dan berjaya jugakla. lepas tu fikir lagi nak tau tak online, sebab perancangan asalnya dalam otak ni mahu masuk website uni, tetengok la kot ada update-update terkini? hmm tengok emel, ok emel berbalas, kandungan emel tu sebab pasal pembayaran berapa aku kena bayarla apala..hmmm..kehidupan sangat.

Jadi macam ni la, duduk kejap online, alhamdulillah ada jugakla update-update terbaru kat website uni tu. alhamdulillah jugakla, not official im in sem 3 sebab result exam x keluar-keluar lagi. Liat sangat nak keluar haihhh..tak tau la. tengok lagi page lain, ok aku dah daftar tiga subjek semeser ni , subjek-subjek tu:

1) CORPORATE MEDIA RELATION
2) ISSUE AND CRISIS MANAGEMENT
3) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY

banyaknya....(muka ketat)

pasal emel tadi sebab pasal pembayarankan, positifnya aku dapat rebat, ala rebat pn rm200 lebih ja, tapi syukuran jugak selamat la juga rm200 lebih kan hahaha. then tolak rebat tu semua kena bayar lagi around sekian-sekian tu la. Jadi sekarang ni tengah fikir nak teruskn ambik tiga subjek ni atau aku kena drop. sebab sujek tu semau aku dah view, satu subjek ada 16topik kena baca. tiga subjek tu...boleh crack kot otak, dah la aku ni 35tahun dah..haaha..mana larat.(skit2 x laratkan) hmmm so sekarang ni tengah fikir-fikirla caner. bimbonya aku ni...



Aku kalau bab kena fikir ni ni la aku malas, sebab benda begini sekali fikir, mau tiga hari belum tentu setel. Kalau macam tu sambil-sambil fikir dengar-dengar lagu dulu la. suka pulak aku lagu ni, sepanjang hri tadi sampai aku duduk sini lagu ni jugak terngiang ngiang. feeling skitla macam dalam drama sambil- taip-taip..ahhh gituuu haaha..k la wak. bye. nanti update lagi k.

End.


Tuesday, January 9, 2018

Slug; Bosan

11:50PM. Assalamualaikum. cadangnya tadi nak tido, tapi hati ini rasa tak sedapla pulak sebab satu hari ini, aku memikirkan keputusan peperiksaan. Aduh bila la nak keluar tak taula, perasaan ni macam acah-acah santai tapi debar-debar...acaner tu? haha. tak tau la exam kali ni wak, macam tak yakin ja. macam ada sesautu yang berlaku tapi entahla. 

So tadi buka la kejap website uni tu. Boring! kekononnya nak jugakla update profile tu nak letak gambar-gambar tapi macam malas la pulak.

Isnin tadi kerja macam biasa, kalau ada sesiapa yang terbaca status kat mana-mana tu, dengan sukacitanya aku nak bagitau Isnin sampai Jumaat sememangnya hari-hari boring, bangun pagi, mandi pergi kerja, pulang kerja, goshhh..boring dan terpaksa. kadang- kadang kesian jugakla member/awek aku dekat admin department tu sebab kalau aku dah stat mengeluh dan mendengus tu faham la dia tu haaha.

 bukanla aku x mau majukan diri, tapi xtaula caner nak start, kalau mau cakap pasal kemajuan pun, sambung belajar la kot , tu ja la kot kemajuan kendiri. ni tadi pun cadang nak tido, tapi sebab hati tu x sedapkan ha tu la aku pn bangun balik turun ke ruang bawah rumah aku ni, buka laptop, tetoppp x ada pn. Ni sok2 selasa rabu khmis jumaat macam ni la jugak hari-hari. senang cerita, macam orang xda kehidupan.

Bercakap pasal kerja tadi, macam biasa duduk depan orang yang &%$$%^ (sorry nak taip tapi x sampai hati so cukupla sekadar dalam hati sajo)tapi tu la, nak tunjuk kepala angin dia ja, kepala angin aku x ambil tau la pulak. (tapi ada orang nak ambil tau kah) haha. tapi tadi aku berasa bad mood yang acah bad tapi mood ok lagi kejap2 bad..boleh? ingatkan tahun baru tadi boleh la jugak freshup sikit, tapi memang hampeh. betul la orang cakap, tahun saja yang berubah, kehidupan tu sama ja. :(



ke aku sebenanrya yang tengah fikir-fikir negatif?tapi ntahla tengokla esok lusa macma mana nanti. k la tido dulu ya.. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca. 

Friday, January 5, 2018

Slug: 2018/35

Assalamualaikum. Ya Allah its been a while kan? gosh lamanya x enter disini merempan meratip bagai kan? haaha.. last entry ritu masa raya hari tu kot. lepas  tu senyap. hmmm baru sebenarnya buka laptop tu pun sebab sebab mau register course untuk  semester akan datang. sebelum ni ada jugakla bukak tapi sebenarnya aku terlupa  password hahahaha...

Mungkin rezeki hari ni la kot, my birthday and tetiba i gogle cari baliok my blog and masuk password dan terus dapat masuk, terus jugakla aku menyesave. hmmm 2018 kan. tak rasa betul, macam cepat sangat masa berlalu-laluan.  Aku ni ada satu tabiat, masuk new year mulala counting days cuti, especially cuti perayaan haaha, macam lucu..haha

Alhamdulilla, kehidupan macam biasa, adala naik turun, kalau nak ikut kemajuan pn, sambung belajar tu ja la, lelain tu gitu2 jugakla, pergi kerja balk kerja lepas tu, tidur. kalau ikut perubahan pun study tu sajala, belaajrla apa yang patut. tapi nantila cita pasal study.

Alhamdulillah hari ni aku secara rasminya 35 tahun. tak tau la kenapa sampai je umur canni, aku ni mulala suka baling belakang kenangan lama, macam berblogging ni, start 2007, yala masa tu kan zaman study, macam blogspot tu semua tengah in kan so rajinla, sebab tu la aku rasa facebook tu lagi boring dari blog ni, syukur jugakla boleh masuk semula, sebab banyak la nak luah2..haaha.so kejadiannya hari ni  mcm ni la...



nah belanja la skit muka aku dah tua ni ha bukan selalu kan..heheh



Macam biasa jugakla =, aku akan try update and update apa yang patut. ok tapi sekarang aku ngantukla. ok la..bye..

End.







Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...