11:52PM, Assalamualaikum. ehh..masa-masa ni macam ni la baru la sesibuk nak online kan?heheh xdala, tadi nak tak nak ja online sebab tadi dah bebaring atas katil tadi then teringat pulak kat bawah tadi nak makan kek la, nak lock gate la, lock pintu la haaaduuhhh malasnya, aku..tapi ku gagahkan jua dan berjaya jugakla. lepas tu fikir lagi nak tau tak online, sebab perancangan asalnya dalam otak ni mahu masuk website uni, tetengok la kot ada update-update terkini? hmm tengok emel, ok emel berbalas, kandungan emel tu sebab pasal pembayaran berapa aku kena bayarla apala..hmmm..kehidupan sangat.
Jadi macam ni la, duduk kejap online, alhamdulillah ada jugakla update-update terbaru kat website uni tu. alhamdulillah jugakla, not official im in sem 3 sebab result exam x keluar-keluar lagi. Liat sangat nak keluar haihhh..tak tau la. tengok lagi page lain, ok aku dah daftar tiga subjek semeser ni , subjek-subjek tu:
1) CORPORATE MEDIA RELATION
2) ISSUE AND CRISIS MANAGEMENT
3) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
banyaknya....(muka ketat)
pasal emel tadi sebab pasal pembayarankan, positifnya aku dapat rebat, ala rebat pn rm200 lebih ja, tapi syukuran jugak selamat la juga rm200 lebih kan hahaha. then tolak rebat tu semua kena bayar lagi around sekian-sekian tu la. Jadi sekarang ni tengah fikir nak teruskn ambik tiga subjek ni atau aku kena drop. sebab sujek tu semau aku dah view, satu subjek ada 16topik kena baca. tiga subjek tu...boleh crack kot otak, dah la aku ni 35tahun dah..haaha..mana larat.(skit2 x laratkan) hmmm so sekarang ni tengah fikir-fikirla caner. bimbonya aku ni...
Aku kalau bab kena fikir ni ni la aku malas, sebab benda begini sekali fikir, mau tiga hari belum tentu setel. Kalau macam tu sambil-sambil fikir dengar-dengar lagu dulu la. suka pulak aku lagu ni, sepanjang hri tadi sampai aku duduk sini lagu ni jugak terngiang ngiang. feeling skitla macam dalam drama sambil- taip-taip..ahhh gituuu haaha..k la wak. bye. nanti update lagi k.
End.
No comments:
Post a Comment