Sunday, May 16, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

 Assalamualaikum. Sudah 3 4 hari gayak meols macam ni, tido pukul 10-10.30pm bangunnya kul 3 4. cutikan lepas tu kan iols selesa dengar pekikan ayam berkokok diawal pagi..selesa betul. hahahaha..cuti sampai 18hb nok. harus happy! Tapi mau cakap ku release tension pasal hal kerjawitu memang tidakla. sebab ada ja la. hmmm.apapun satu perkara yang pasti bila d rumah mak bapak ni. diet memang kelaut. siapa boleh menidakkan air tangan mak kan? kena lagi dengan ku yang belum berkahwin ni hahaha..melantakla jawabnya.. sepanjang masa jah! 

Jadi raya tahun ni xda yang best pun. rencana asalnya tu adik beradik ku balik beraya. ya la mau harap kan famili lain..belah bapak i tu x berapa rapat sangat. lebih-lebih lagi i..selisih bahu pun mungkin whoreareyuss gitu. belah mak i, rata-rata sepupu sepapat meols bukan Sabahan. jadi selalunya kami berkongsi gambar dari grup Whatsapp saja. kena-kenak lagi i bukan sejenis ramai kawan huha huha.. tu pun beberapa tahun lepas Khalid dan arwah Samsun ja la yang datang tahun-tahun sudah.  then dis year  PKP pulak. so macam tahun lepas jugakla.  we kongsi-kongsi gambar saja dikejauhan. so lets...

Raya pertama i. haha. kesahnya, tahun ni i ada beli kurta. 2 helai. kununnya mau  simple-simple  gitu sekali sebab kami pun x kemana dan masa tu pun iols bngun lewat. maka jadila  kasual mcm ni. lagipun memang x da orang pun. raya pertama iols ialah makan tidur.mak i bangun awal kol 3 pagi pong pang, siap, kemudian pekik i bangun dan makan. itu saja. lepas tu dok depan tv. Syukurla kejiranan i semua jaga sop. selalunya kalau normal-normal dulu.. penuh ya kawasan rumah i bersesakan.kali ni memang macam biasa. macam x raya. kecuali rumah yang jauh sikit yang ada kedai tu. entahnya, macam x jaga sop. famili ramai. hmm so tempat yang i lepak dengan c adamtu adalah ni...


sebenarnyaikut crita dari mak i, bapak i upgrade kawasan ni semata- mata mau tunggu cucu-cucu dia smpi so boleh main-main di kawssan ni. x siap lgi gazebo, tapi ok la xdala terbiar macam dulu-dulu. Tapi dulu-dulu 90s fancy jugak la tempat ni..selalu minum-minum petang. study disini dulu..hahaha..



Adik i no.4 dengan adik ipar i ni.. bukan selalu share gambar. sejenis senyap-senyap  buat hal sendiri.



Adik i no.3 dengan bil





dan sebahagian keluarga iols yang lain hehehehe...selebihnya vc saja. ok la i mau smabung  tidur kejap..Selamat Hari Raya. bye.




 









Sunday, May 2, 2021

SHP2021

Assalamualaikum bloggie. Selamat Hari Pekerja! Yes im so happy..i hari ni mengambil peluang bermalas malasan diatas katil ku yang empok. ada beberapa jam tadi i buat kerja sedikit sebab i fikir untuk bercuti panjang sempena lebaran ini. Corona x corona dek, cuti raya tetap on ya. langusng masa cuti nanti iols berharap tiada sesiap yang call iols tanya pasal kerja. OK, i mau baling belakang sedikit sempena hari pekerja ni. I sentiasa bersyukur sebab antara insan-insan yang masih diberi rezeki oleh Allah. walaupun kadang-kadang adalah sedikit-sedikit tak puas hati kan..alaa perangai manusia..macamtu la. so untuk rekod yang mana berbelas tahun i makan gaji ni sudah 3 kali bertukar kerja. tapi i cerita sikit-sikit ja ya, i xbtau lokasi di mana yang mana tautu taula...

Pekerjaaan Pertama - hartalega

OMG. pekerjaan pertama ni i boleh anggap sebagai satu kejayaan dan berlaku sedikit kejutan budaya. ok macam ni, i fikir masa tu agak bertuah sedikit  sebab i ingatkan akan bambongan selama beberapa tahun.sebab my degree result masa tu bukannya letop pun..sebabfikirkan freshdan xda pengalaman pun.. tapi xla cukup-cukup makan hahaha..so after LI dalam sebulan dua tu i macam aktif sangat masa tu. mungkin sebab faktor aktif tula sebab i macam push diri. sudahnya masa tu i turn down 3 dri 4 offer tu. 3 i usaha sendiri..1 tu dari orang tu kabel, seseorang yang kenal masa tu yang baik dengan i dulu la...baik tau dia tu,,support i luar dalam depan belakang eh..hahaha  alaaa xkan mau thowback skandal kan??ishh.. 

Sudahnya i terima offer dari company, Hartalega Sdn Bhd. company ni buat sarung tangan jah, tapi bukan sarung tangan cuci jamban...tolong eh...medical punya. letop tau company tu. i boleh cakap juga percaturan untuk terima tawaran kerja disitu pun macam berbaloi jugak la. sebab comapny ni x kedekut dari segi apapun, benefit dia macam kira puas hati masa tu antaranya tempat tinggal disediakan, bukan dorm atau asrama  mcm tempat bangla tu k. perumahan tau...tapi serumah tu termasuk i ada 3 org la semuanya. yang tu macam i paling puas hati jugakla. sebab i banyak save duit masa tu.

yang terpaling penting sekali kerja 5 hari seminggu nok..so kalau x da program lepas kerja sama ada i ke Kl or Seremaban...bergilak sana..


Kawasan kilang  yang mana iols dengan housemate jalan slow2 sambil membawang..


Selalunya yang berada drumah i sajala sebab hujung-hujung minggu yang laintu balik kg memasing sebab dah berkahwin...so kalau iols xda apa program..iols alone forever la.. 

Tempat i tinggal dulu. tapi i lupala apa ntah nama taman perumahan tu. rindu bestari jaya...

ahhh.zaman zaman sekeping.. 

Punca i resign pun xda apa pun, cuma lebih pada mau explore tempat-tempat lain. sebab masa i 3 tahun tu i rasa macam lama sangat then ok la its time i carik kerja tempat lain...tapi i macam ralat sikit kenapala i x lama-lama sikit...hmmm..

Pekerjaan Kedua - PHSB

I boleh cakap yang pekerjaan kedua ni i macam x serius, banak main-main.. ok pertama sekali i downgrade gila. gaji i masa tu jauh tersasar jauhnhya tapi i xmau cakap malu, berganda-ganda kurang dari pekerjaan yang pertama tu. yang bagusnya pekerjaan kedua less stress dan rakan sekerja i masa tu sekepala. i macam happy sangat masa tu.


lagipun company tu x besar mana pun tapi own by bekas miss malaysia ya..ko rasa? ko jangan main-main boss i bekas ratu tu.... dia sain cheque berpuluh ribu pun sambil dengar lagu teleng-teleng kepala lagi hahaha. sebab i resign disini pun i xmau cakapla, tapi pekerjaan kedua ni i anggap good timesi masa tu. 

masa ni gambar ni hari sabtu, farewell jantan yang berdiri tu..tah mana tah member sekarang. 

Pekerjaan ketiga

Masih bekerja disini rezeki i masih berjalan so i xmau cakap apa-apa. serammmm..i sebenanya sedang berada fasa fikir-fikir untuk cari peluang-peluang baru tapi i betul nak habiskan master i dulu. i harap sangat dapat habiskan tahun ini jugak. 

Fun fact: Ios sebenanrya kalau x sambung degree masa tu i jadi Abang Polis. sempat sebulan i d pulapol Johor sana hahahah..yang ralatnya, ambilan tu ambilan terakhir diploma/stpm utk jawatan inspektor..bapak iols apa lgi..amukan puaka la dia.. hihihi  ...ok la mahu siap2 bye...






Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...