Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum. cam capat ja kan masa berlalu?masuk raya ketiga sudah. lepas tu esoknya kerjahh..hmmm.  ka i makan tido, makan tido dua hari ni menyebabkan hari-hari pantas berlalu? tapi xpa yang penting i happy. dua minggu x workout tiba-tiba jugak i macam berat semacam, i makan ja you... tapi biarla, rayakan..relaksla. Anyways, walaupun raya kali ni amat berbeda dengan raya sebelum-sebelumnya, namun tetap meriah dengan cara i. Alah macam u all jugakla kan, kemain penuh wall facebook. instagram, Whatsapp moment dengan famili memasing, lebih-lebih yang  berkahwin tu, kemain eh sekarang create ucapan letak muka famili sendiri? hehehe...artisnya...tapi i pun tak mau ketingglan jugakla..nak jugaaaak enteprem!! haaha..

Jadi malam pre raya tu,aktiviti cuma kemas-kemas rumah, lepas tu i naik dalam bilik dan kemas bilik macam tu jala, cumanya tiba-tiba i berasa i ingin mengembalikan nostalgia, maka jadikla macam ni, melekat kad raya di dinding-dinding gituhh..heheh.. eh dulu zaman 90an trend ok lekat-lekat kad raya ni supaya tetamu datang boleh baca siapa yang kirim hahaha..cuma yang ni i letak diatas wall tempat my workstation sebab wall tu nampak la kosong..maka jadila ianya macam tu. Kad raya tu bukan syok sendiri i beli ya, orang kasi...tetiap tahun orang yang sama bagi, ha crush x crush! haaahaha...




Memang berbeza ya raya kali ni. paling ketara sekali ialah, pasal cuti. Inila kali pertama i cuti raya ikut kalendar sebab sebelum-sebelum ni kebiasaaanya 3 hari sebelum raya i akan apply cutiawal-awal selama hampir dua minggu..tapi kali ni memang hmmm hujung-hujung apa boleh buatla...jadi kesudahnnya macam biasa i duduk rumah, raya pertama saja i bangun kol 10 pagi. memang x macam raya sangat, macam normal-normal macam tu ja, sebab biasanya kalau i di kampung pasti i tak memang tangan. macam-macam benda di buat. tapi di rumah sendiri ni, i santai. cuma untuk dapat feel raya tu i buka radio je la, sebab memana radio pun sehari suntuk lagu raya sajo. Sambil-sambil denganr lagu raya, sambil tujugak i membalas dan mengirim segala ucapan-ucapan dan Lepas tu VC. 

Alhamdulilah menerusi VC kita berjaya dapatkan beberapa adik beradik dengan parents i, hmmm xdala sedih manapun cuma ada beberapa throwback dan gelak tak hengat dunia. adalah dalam sejam dua VC tu borak membawang semua dan habis macam tu. lepas tu i mandi dan dress up ala kadar saja, sebab housemate ajak  keluar ronda-ronda. dan jugak, inila kali pertama raya i secasual casualnya, no baju melayu, no songkok, no sampin, hanyala baju loose-loose ala pagoda style dengan rambut ku bak ombak membelah pantai...


dan selebihnya update group whatsapp ja la, famili sebelah mak i memang kebisaannya akan kongsi gambar famili memasing sebab diorg ni semua duduk jauh-jauh, Kedah, Pahang, Perak, Johor ha camtu.., jadi memang berpotensi x balik raya selalunya. Sebab tu salah satuya jugak kitorang ni jarang sangat berkumpul reramai macam yang lelain tu melainkan anak-anak adik beraidk i..ha bbudak ni la kebiasannya meriuhkan rumah. kalau famili sebelah bapak i ada jugakla bertandang, tapi mmm no komen. 

Baby-baby kecik tu anak buah sepupu..cecomel semua...biasa keturunan ahaha..



Ni aunty i, single ok. boring-boring tengah-tengah malam  i selalu text, sebab aunty i ni kelakar.. hehehe

Unlce dan aunty dan sepupu-sepupu i jugak.. besar dah member.




Adik i ni la yang beraya sakan ya, siap upload ig story dengan tanda pagar kita jaga kita tapi x selari dengan gambar? mana social distancing mu? apo..



Famili adik i belah Perak sana..


Fauzan 




Ada lagi cuma i xdapat update dengan adik dengan abang i lagi di KK sana tu. namun  yang paling penting sekali...

dua member ni, mamak sama bapak dan Adam. 


Sebelum raya dan cuti hari tu i terima hamper ni, Alhamdulillah sudi memberi, manala tau terbaca entri ni , i ucapkan terima kasih daun keladi. 



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 

Sunday, May 17, 2020

Selamat Hari Guru 2020

Asslaamualaikum. Selamat Hari Guru untuk semua para cikgu yang memberi jasa. Rasanya ada saja entri pasal cikgu ni, hmm..sebab housemate i tu cikgu, sebab tu antara hari yang ingat jugakla. eh jap, cikgu sekarang antara penjawat awam bergaji masyuk kan..humtomla... mahu-mahu lagi tengah-tengah PKPB ni cikgu belum turun kerja lagi kan? sebab setahu i la sekolah antara yang terakhir akan dibuka. i tengok housemate i tu adala dia kena online dengan student-student dia tu dan buat modul?modul apa tu xtaula sebab selalu kitorang update pasal kerja so i ada dengar-dengar tai faham-faham...oo mmm macam tu. 



Untuk i masa sekolah-sekolah dulu, ada satu-satu musim i enjoy, ada satu musim-musim lagi i boring tapi mana part i enjoy mana part boring i x cakapla ya. hehe. Masa zaman sekolah dulu i x banyak sangat memori dengan cikgu-cikgu, maksdunya i x macam yang lain-lain tu yang mengampu tu hahaha..tapi i ada memori dengan beberapa cikgu yang i fikir dalam konteks pembelajaran cikgu-cikgu ni mengambil berat pasal i. 

Cikgu Sofia Ibrahim, cikgu ni mengajar i Bahasa Melayu kalau x silap masa i darjah 6. ni antara cikgu yang i bersemangat dalam kelas sejak she telah verified i sebagai murid paling handsome dalam kelas. masa tu i kelas 6 khas x tipu ok, sumpah wallah, i remember masa tu dia soal i , i x ingat pa benda soalan tu tapi sebelum dia tanya dia cakap macam tu la murid paling handsome dalam kelas, mau makan hati budak lelaki dalam kelas masa tu, budak paling pandai dalam tu pn x dapat pengesahan tau macam tu hahaha. rentetan tu i pernah bagi she kad raya, dan kad raya i pernah dibalas ya, i masih simpan lgi kad raya tu sampai sekarang, kalau balik kampung nanti i korek dalam store tu. kad tu printed di kertas kad manila warna kuning dan cikgu tu tulis sendiri kata-kata semangat untuk i. I harap sangat cikgu ni sihat-sihat hendaknya sebab dia ni antara yang i x dengar khabar sudah. pencen sudah atau jadi pengetua mungkin..hmm ok

Ustaz Kamaruzaman, ustaz ni x pernah ajar i pun tapi isteri dia ustazah apa kah nama dia tu i lupa wife dia ni pernah ajar kitorang dulu. yang ingat ustazah ni sebab kan subjek Agama Islam, jadi kan dulu selalu  suruh hafal ayat-ayat suci tu.  so kalau x hafal ayat dia selalu keluar macam ni..'cubit tote dia' hahaha, tapi dia x cubit pn..acah-acah saja. berbalik pada ustaz ni, dulu-dulu i adalah pernah ikut pertandingan nasyid dan hafazan tu. masa tu ada satu  pertandingan hafazan nii kalah dengan sorang member ni kalau x silap nama dia Suriansyah? i kalah tau dengan dia. so masa nak balik tu ustaz ni panggil i, tetiba panggil i ingat dia pegang bahu i dan cakap, xpa, lain kali boleh cuba.. masa tu dia bagi i RM5...untuk budak macam i dulu RM5 tu banyak ya. sejak tu i adalah dapat beberapa kali duit daripada beliau kalau terserempak atau kalau i pergi bilik guru, macam makanan daripada ustaz. i x pernah share tau pasal hal ni. tapi i harap jugak ustaz ni baik2 saja hendaknya. hmm ok.

Cikgu Misliah. probably cikgu english kegemaran i sepanjang zaman, disaat cikgu-cikgu lain very tipikal wanita muslimah pakai tudung bawal kerongsang tengah2 atau tudung labuh menutupi dada mengikut syariah. dia tampil dengan gaya baju kurung, rambut boyish style! dan sedikit seksi. serius dia sangat trendy masa tu, i personally ada sedikit crush la sebab dia sangat bergaya... baru semangat babe hahaha...suka dengan cikgu ni sebab dia ajar guna english yang mudah difahami oleh budak-budak tu semua. xdala semua terpinga-pinga untuk fahamkan.. teringin nak tengok cikgu tu sekarang macam mana penampilanya hehe

Cikgu Beche, sejenis cikgu tegas. ajar matematik. setiap kali masuk kelas semua murid berdiri dan dia akan soal sifir contohnya 2 2 (maksdnya 2x2) and semua kena pantas angkat tangan dan jawab.  dan baru boleh duduk. oh Tidak! i bukan yang terpantas..i antara paling belakang sekali dapat menjawab sebab sampai sudah matematik adalah subjek paling stress untuk i pelajari. i ingat i terpaksa dibantu ya untuk jawab dan duduk..menggleng cikgu tu hahaha..latest info idengar cikgu ni masih mengajar lagi, still ingat i jugak sebab kenal dengan my mum.

Cikgu LKM, hampun yang ini adalah cikgu paling garang didunia, serius kawan! garang segarang garangnya! sekali dia bad mood haaaa kau siapla ya. tapi cikgu ni jugakla cigu paling teliti, i sampai sekarang contact lgi cikgu ni tau, dah member-member sekarang, cikgu ni antara yang paling berjasa dalam hidup setiap anak murid yang berlajar dengan dia, buktinya hapir semua anak muridnya masih kontak dengan dia minta pendapat dan nasihat. serius ya, anak murid dia ni sampai jadi menteri dan yb ya. ha besar x besar jasa tu. cara dia mengajar dulu telus dan jujur..maksdnya kalau  dapat markah tinggi ok la..tapi sebaliknyakalau rendah kan biasa cikgu -cikgu lain tolong, tapi tidak dia. Garang cikgu ni la buat anak-anak murid dia menjadi orang. 

Jadi itu la antara yang kiranya malar segar yang i ingat masa dulu-dulu, i naik sekolah menengah ada la beberapa memori dengan cikgu-cikgu lain jugak macam cikgu Rohani, ajar bmmasa i form 4, cikgu Chan Man lee (maaf kalau slaah eja) ajar maths, cikgu ni pn baik jugak, sebab dia tau i x pandai then dia bila dia cakap 'faham fadli' i cakap ja faham, padahal....haus dekk hahaha..

i jugak ada 'good time' dengan cikgu mm mm, tapi i x cerita yang ni sebab  personal sikit. xda siapa pun tau sebab i simpan dalam-dalam. ya la kan mau dapat gred bagus...ya aulloh macam jalang ja bunyik..

ok la bye..

Friday, May 8, 2020

Zakat Online

Assalamualaikum bloggie.Alhamdulillah dua minggu lebih sudah kita puasa kan?macam biasa i pun berpuasa dengan jayanya dan duduk rumah juga mengikut saranan kerajaan. shame on you yang keluar-keluar tu! hehe. tapi  hari ni hari malapetaka...hari pertama kerja selepas hampir dua bulan jugakla duduk diam-diam dalam rumah, kenapala kena turun sbeelum waktu pkp habis ka apa...i baru ajet-ajet senang lenang...ralat sedikit sebab dapat tau pun sekitar 10 malam menerusi Whatsapp, no memo apa dan apa-apa bnenda tah, just i by HOD department disuruh turun, maka turun la..arghhh rasa x boleh terima beberapa jam. Tadi turun kerja pun i rasa macam staff yang baru masuk kerja ditempat baru haaha..ada sedikit debaran tapi sampai-sampai office xdala sibuk  mana pun mungkin sebab yang berkaitan x buka bisnes lagi. Jadinya malas-malas santai ja la. 


Kan hari pertama selepas PKP yang x berapa nak lepas tu, kenala selfie jah hehehe.. tapi tula pose kita selalunya macam-macam ni ja la...tapi tadi ya Allah x boleh blah my boss, boleh dia cakap rambut i macam sabut kelapa... xmarah pun i mean ,so what rambut ku bukan rambut mu baby.. lagipun i bukan sejenis tryhard nak nampak handsome pun..hihihi..

berbalik pada zakat..I nak kongsi sesuatu, 12 Ramadan lepas i menunaikan zakat. tapi kali ni xdala yang macam biasa tu, pergi masjid atau mana-mana tempat yang ada amil, menerusi online je. my first time sebenarnya sebab sendiri i tak tau pun ada zakat-zakat lain yang boleh jugak dibuat menerusi online. OMG im so 90s haha... so macam kebaruan disitu. then that day i banyak membaca semua pasal zakat. Then i found out, rupa-rupanya  i jugak boleh buat sumbangan. ok i xdala xtau langsung bab-bab zakat ni , is just that selama ni i fikir yang bahagian-bahagian zakat yang lelain tu semata- mata untuk orang-orang kaya menyumbang hahaha oh my. macam ketingglaan rasanya..haha

Jadi i browse-browse la tengok apa yang patut i buat zakat fitrah dulu. Pertama i blur sebab i nak bayar guna RHB tu tapi xda function kot dalam tu sebab i puas mencari. hujung-hujung i pergi disini. MYEG - Zakat Fitrah. u all boleh klik link tu untuk info apa-apa la dan  benda tu cam senang je. cuma step tu kena daftar la untuk tujuan-tujuan pengurusan. i fikir pernah kot buat benda-benda myeg ni semua tapi macam 5 6 tahun lepas kot sebab ianya bukan satu keperluan online yang i betul-betul perlu, mungkin hanya untuk tujuan alternatif contohnya kalau tak dapatbuat online thru online bank then kita akan cari website/apps ni, lebih kurang macam konsep Jompay ha macam tu la..

ni yang i dah screenshot i tepek sedikit, mana la tau mau tengok gambaran-gambaran kan senang ja..apapun kena register dulu la..lepas tu pilih on zakat on dividual than follow saja stepnya,. kalau i cerita pasal step- step tu kan panjang lagi ceritanya, sekarang pun dah kol 11:15pm, i nak buat benda lain lagi, youtube lagi,  maka dengan itu rerajinla google sendiri ok..banyak saja dalam google tu...





yang ni lafaz zakat fitrah tu sendiri, ha pilih sendiri, samada bayar untuk diri sendiri or on behalf boleh baca disitu.


Jadi dah lepas baca-baca tu lafaz tu teruls buat payment lepas tu ikutla mana bank yang u ada..lastly akan keluar mcm tu untuk u boleh print out atau u tunggu saja mereka kirim dialamat tertera. selesai salah satu kewwajiban kan..heheh



bye.







Friday, May 1, 2020

Selamat Hari Pekerja 2020

Asslaamualaikum bloggie. banyak ja masa kan heheh. ok la i pun xmau cakap banyak just nak ucap Selamat Hari Pekerja kepada penyumbang dan penjana ekonomi negara gitu. haha. kalau hari ni bukan PKP mesti ada happy sikit sebab hari khamis kerja dan esok cuti, so gembira kan, so masa PKP ni tak terasa sangat sebab semua orang tengah duduk rumah, apapun semua bekerja dari rumah melainkan insan yang mendapat kebenaran untuk bekerja, meeting pun sekarang online saja kan, jadi hari pekerja tahun ni  dah macam hari normal sebab sambutan tarak.. banyak jugakla perubahan sejak covid ni kan dan semua tu kena terima jugakla. Tapi tadi pun pak menteri sudah umumkan sektor ekonomi boleh memulakan kerja isnin depan tapi ikut garis panduan ditetapkanla, macam cek suhu, rerajin cuci tangan, takboleh bersentuhan, pakai mask..macam-macamla asalkan berkaitan dengan kebersihan, buat sajala. 

Tapi tadi walaupun la i duduk rumah macam biasa, i ingatkan adala  sedikit ruang untuk i santai-santai dari memikirkan kerja,sebab labour day kan..haa.. tapi Ya Allah tetap ada juga insan-insan yang update-update keperluanya, my boss pun tak kasi peluang i nak tido lebih skit ka, bangun lewat sikit ka, seawal kol 7 pagi. Whatsapp nya masuk ' Fadli, u tolong process ini, Fadli yang ini macam mana? Fadli dadada.. huhhh...ka i kuat mengeluh? namun i melayan jugakla, jitu gitu i bagi jawapan untuk semua-semua heheh. eh i xdala marah ke menyumpah serana maki hamun ya, i xda feel pn i okok saja, macam ok la update ja la apa-apa. 

Alhamdulillah jugak la, masuk tempat kerja yang ketiga ni syukur agak bertahan lama walaupun kena maki nak cakap nak resign, silap sikit nak resign, hujung-hujung eh betahan jua haaha...but i must say, i tak pernah berhenti untuk carik-carik peluang,ya la mau juga up skit level kan dari apa yang ada sekarang, umur i pun dah lanjut. xkan la situ-situ jua kan. perancagan memang ada, tapi tu la penyakit MALAS i memang x boleh bawa bincang. buktinya master i belum habisss, padahal tinggal research ja pun! research tu bertahun tau satu hapa pun i x buat, mulut jangan cakapla, nak rajin la nak menelaah la tapi..hmmm orang yang belakang daripada i sambung study tu pn dah nak habis. i betul-betul ketinggalan. x taula pulak kawan i yang sambung d UTM tu dah habis ka jugak dia sebab dah lama kitorang x texting..sebab sebelum ni kami banyak share benda-benda. i ralat jugakla dengan kemalasan ni. namun i akan berusaha jugakla, eh i lambat-lambat i score ok. hehehe..


ok la Selamat Hari Pekerja untuk semua ya..bye.




Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...