Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum. cam capat ja kan masa berlalu?masuk raya ketiga sudah. lepas tu esoknya kerjahh..hmmm.  ka i makan tido, makan tido dua hari ni menyebabkan hari-hari pantas berlalu? tapi xpa yang penting i happy. dua minggu x workout tiba-tiba jugak i macam berat semacam, i makan ja you... tapi biarla, rayakan..relaksla. Anyways, walaupun raya kali ni amat berbeda dengan raya sebelum-sebelumnya, namun tetap meriah dengan cara i. Alah macam u all jugakla kan, kemain penuh wall facebook. instagram, Whatsapp moment dengan famili memasing, lebih-lebih yang  berkahwin tu, kemain eh sekarang create ucapan letak muka famili sendiri? hehehe...artisnya...tapi i pun tak mau ketingglan jugakla..nak jugaaaak enteprem!! haaha..

Jadi malam pre raya tu,aktiviti cuma kemas-kemas rumah, lepas tu i naik dalam bilik dan kemas bilik macam tu jala, cumanya tiba-tiba i berasa i ingin mengembalikan nostalgia, maka jadikla macam ni, melekat kad raya di dinding-dinding gituhh..heheh.. eh dulu zaman 90an trend ok lekat-lekat kad raya ni supaya tetamu datang boleh baca siapa yang kirim hahaha..cuma yang ni i letak diatas wall tempat my workstation sebab wall tu nampak la kosong..maka jadila ianya macam tu. Kad raya tu bukan syok sendiri i beli ya, orang kasi...tetiap tahun orang yang sama bagi, ha crush x crush! haaahaha...




Memang berbeza ya raya kali ni. paling ketara sekali ialah, pasal cuti. Inila kali pertama i cuti raya ikut kalendar sebab sebelum-sebelum ni kebiasaaanya 3 hari sebelum raya i akan apply cutiawal-awal selama hampir dua minggu..tapi kali ni memang hmmm hujung-hujung apa boleh buatla...jadi kesudahnnya macam biasa i duduk rumah, raya pertama saja i bangun kol 10 pagi. memang x macam raya sangat, macam normal-normal macam tu ja, sebab biasanya kalau i di kampung pasti i tak memang tangan. macam-macam benda di buat. tapi di rumah sendiri ni, i santai. cuma untuk dapat feel raya tu i buka radio je la, sebab memana radio pun sehari suntuk lagu raya sajo. Sambil-sambil denganr lagu raya, sambil tujugak i membalas dan mengirim segala ucapan-ucapan dan Lepas tu VC. 

Alhamdulilah menerusi VC kita berjaya dapatkan beberapa adik beradik dengan parents i, hmmm xdala sedih manapun cuma ada beberapa throwback dan gelak tak hengat dunia. adalah dalam sejam dua VC tu borak membawang semua dan habis macam tu. lepas tu i mandi dan dress up ala kadar saja, sebab housemate ajak  keluar ronda-ronda. dan jugak, inila kali pertama raya i secasual casualnya, no baju melayu, no songkok, no sampin, hanyala baju loose-loose ala pagoda style dengan rambut ku bak ombak membelah pantai...


dan selebihnya update group whatsapp ja la, famili sebelah mak i memang kebisaannya akan kongsi gambar famili memasing sebab diorg ni semua duduk jauh-jauh, Kedah, Pahang, Perak, Johor ha camtu.., jadi memang berpotensi x balik raya selalunya. Sebab tu salah satuya jugak kitorang ni jarang sangat berkumpul reramai macam yang lelain tu melainkan anak-anak adik beraidk i..ha bbudak ni la kebiasannya meriuhkan rumah. kalau famili sebelah bapak i ada jugakla bertandang, tapi mmm no komen. 

Baby-baby kecik tu anak buah sepupu..cecomel semua...biasa keturunan ahaha..



Ni aunty i, single ok. boring-boring tengah-tengah malam  i selalu text, sebab aunty i ni kelakar.. hehehe

Unlce dan aunty dan sepupu-sepupu i jugak.. besar dah member.




Adik i ni la yang beraya sakan ya, siap upload ig story dengan tanda pagar kita jaga kita tapi x selari dengan gambar? mana social distancing mu? apo..



Famili adik i belah Perak sana..


Fauzan 




Ada lagi cuma i xdapat update dengan adik dengan abang i lagi di KK sana tu. namun  yang paling penting sekali...

dua member ni, mamak sama bapak dan Adam. 


Sebelum raya dan cuti hari tu i terima hamper ni, Alhamdulillah sudi memberi, manala tau terbaca entri ni , i ucapkan terima kasih daun keladi. 



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 




 

2 comments:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/

hanya zulfa said...

Selaamat Hari raya walaupon sudah berlalu...hehehe tq

Filem Malaysia

Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me mengh...