Asslaamualaikum. Selamat Hari Guru untuk semua para cikgu yang memberi jasa. Rasanya ada saja entri pasal cikgu ni, hmm..sebab housemate i tu cikgu, sebab tu antara hari yang ingat jugakla. eh jap, cikgu sekarang antara penjawat awam bergaji masyuk kan..humtomla... mahu-mahu lagi tengah-tengah PKPB ni cikgu belum turun kerja lagi kan? sebab setahu i la sekolah antara yang terakhir akan dibuka. i tengok housemate i tu adala dia kena online dengan student-student dia tu dan buat modul?modul apa tu xtaula sebab selalu kitorang update pasal kerja so i ada dengar-dengar tai faham-faham...oo mmm macam tu.
Untuk i masa sekolah-sekolah dulu, ada satu-satu musim i enjoy, ada satu musim-musim lagi i boring tapi mana part i enjoy mana part boring i x cakapla ya. hehe. Masa zaman sekolah dulu i x banyak sangat memori dengan cikgu-cikgu, maksdunya i x macam yang lain-lain tu yang mengampu tu hahaha..tapi i ada memori dengan beberapa cikgu yang i fikir dalam konteks pembelajaran cikgu-cikgu ni mengambil berat pasal i.
Cikgu Sofia Ibrahim, cikgu ni mengajar i Bahasa Melayu kalau x silap masa i darjah 6. ni antara cikgu yang i bersemangat dalam kelas sejak she telah verified i sebagai murid paling handsome dalam kelas. masa tu i kelas 6 khas x tipu ok, sumpah wallah, i remember masa tu dia soal i , i x ingat pa benda soalan tu tapi sebelum dia tanya dia cakap macam tu la murid paling handsome dalam kelas, mau makan hati budak lelaki dalam kelas masa tu, budak paling pandai dalam tu pn x dapat pengesahan tau macam tu hahaha. rentetan tu i pernah bagi she kad raya, dan kad raya i pernah dibalas ya, i masih simpan lgi kad raya tu sampai sekarang, kalau balik kampung nanti i korek dalam store tu. kad tu printed di kertas kad manila warna kuning dan cikgu tu tulis sendiri kata-kata semangat untuk i. I harap sangat cikgu ni sihat-sihat hendaknya sebab dia ni antara yang i x dengar khabar sudah. pencen sudah atau jadi pengetua mungkin..hmm ok
Ustaz Kamaruzaman, ustaz ni x pernah ajar i pun tapi isteri dia ustazah apa kah nama dia tu i lupa wife dia ni pernah ajar kitorang dulu. yang ingat ustazah ni sebab kan subjek Agama Islam, jadi kan dulu selalu suruh hafal ayat-ayat suci tu. so kalau x hafal ayat dia selalu keluar macam ni..'cubit tote dia' hahaha, tapi dia x cubit pn..acah-acah saja. berbalik pada ustaz ni, dulu-dulu i adalah pernah ikut pertandingan nasyid dan hafazan tu. masa tu ada satu pertandingan hafazan nii kalah dengan sorang member ni kalau x silap nama dia Suriansyah? i kalah tau dengan dia. so masa nak balik tu ustaz ni panggil i, tetiba panggil i ingat dia pegang bahu i dan cakap, xpa, lain kali boleh cuba.. masa tu dia bagi i RM5...untuk budak macam i dulu RM5 tu banyak ya. sejak tu i adalah dapat beberapa kali duit daripada beliau kalau terserempak atau kalau i pergi bilik guru, macam makanan daripada ustaz. i x pernah share tau pasal hal ni. tapi i harap jugak ustaz ni baik2 saja hendaknya. hmm ok.
Cikgu Misliah. probably cikgu english kegemaran i sepanjang zaman, disaat cikgu-cikgu lain very tipikal wanita muslimah pakai tudung bawal kerongsang tengah2 atau tudung labuh menutupi dada mengikut syariah. dia tampil dengan gaya baju kurung, rambut boyish style! dan sedikit seksi. serius dia sangat trendy masa tu, i personally ada sedikit crush la sebab dia sangat bergaya... baru semangat babe hahaha...suka dengan cikgu ni sebab dia ajar guna english yang mudah difahami oleh budak-budak tu semua. xdala semua terpinga-pinga untuk fahamkan.. teringin nak tengok cikgu tu sekarang macam mana penampilanya hehe
Cikgu Beche, sejenis cikgu tegas. ajar matematik. setiap kali masuk kelas semua murid berdiri dan dia akan soal sifir contohnya 2 2 (maksdnya 2x2) and semua kena pantas angkat tangan dan jawab. dan baru boleh duduk. oh Tidak! i bukan yang terpantas..i antara paling belakang sekali dapat menjawab sebab sampai sudah matematik adalah subjek paling stress untuk i pelajari. i ingat i terpaksa dibantu ya untuk jawab dan duduk..menggleng cikgu tu hahaha..latest info idengar cikgu ni masih mengajar lagi, still ingat i jugak sebab kenal dengan my mum.
Cikgu LKM, hampun yang ini adalah cikgu paling garang didunia, serius kawan! garang segarang garangnya! sekali dia bad mood haaaa kau siapla ya. tapi cikgu ni jugakla cigu paling teliti, i sampai sekarang contact lgi cikgu ni tau, dah member-member sekarang, cikgu ni antara yang paling berjasa dalam hidup setiap anak murid yang berlajar dengan dia, buktinya hapir semua anak muridnya masih kontak dengan dia minta pendapat dan nasihat. serius ya, anak murid dia ni sampai jadi menteri dan yb ya. ha besar x besar jasa tu. cara dia mengajar dulu telus dan jujur..maksdnya kalau dapat markah tinggi ok la..tapi sebaliknyakalau rendah kan biasa cikgu -cikgu lain tolong, tapi tidak dia. Garang cikgu ni la buat anak-anak murid dia menjadi orang.
Jadi itu la antara yang kiranya malar segar yang i ingat masa dulu-dulu, i naik sekolah menengah ada la beberapa memori dengan cikgu-cikgu lain jugak macam cikgu Rohani, ajar bmmasa i form 4, cikgu Chan Man lee (maaf kalau slaah eja) ajar maths, cikgu ni pn baik jugak, sebab dia tau i x pandai then dia bila dia cakap 'faham fadli' i cakap ja faham, padahal....haus dekk hahaha..
i jugak ada 'good time' dengan cikgu mm mm, tapi i x cerita yang ni sebab personal sikit. xda siapa pun tau sebab i simpan dalam-dalam. ya la kan mau dapat gred bagus...ya aulloh macam jalang ja bunyik..
ok la bye..
No comments:
Post a Comment