Friday, May 1, 2020

Selamat Hari Pekerja 2020

Asslaamualaikum bloggie. banyak ja masa kan heheh. ok la i pun xmau cakap banyak just nak ucap Selamat Hari Pekerja kepada penyumbang dan penjana ekonomi negara gitu. haha. kalau hari ni bukan PKP mesti ada happy sikit sebab hari khamis kerja dan esok cuti, so gembira kan, so masa PKP ni tak terasa sangat sebab semua orang tengah duduk rumah, apapun semua bekerja dari rumah melainkan insan yang mendapat kebenaran untuk bekerja, meeting pun sekarang online saja kan, jadi hari pekerja tahun ni  dah macam hari normal sebab sambutan tarak.. banyak jugakla perubahan sejak covid ni kan dan semua tu kena terima jugakla. Tapi tadi pun pak menteri sudah umumkan sektor ekonomi boleh memulakan kerja isnin depan tapi ikut garis panduan ditetapkanla, macam cek suhu, rerajin cuci tangan, takboleh bersentuhan, pakai mask..macam-macamla asalkan berkaitan dengan kebersihan, buat sajala. 

Tapi tadi walaupun la i duduk rumah macam biasa, i ingatkan adala  sedikit ruang untuk i santai-santai dari memikirkan kerja,sebab labour day kan..haa.. tapi Ya Allah tetap ada juga insan-insan yang update-update keperluanya, my boss pun tak kasi peluang i nak tido lebih skit ka, bangun lewat sikit ka, seawal kol 7 pagi. Whatsapp nya masuk ' Fadli, u tolong process ini, Fadli yang ini macam mana? Fadli dadada.. huhhh...ka i kuat mengeluh? namun i melayan jugakla, jitu gitu i bagi jawapan untuk semua-semua heheh. eh i xdala marah ke menyumpah serana maki hamun ya, i xda feel pn i okok saja, macam ok la update ja la apa-apa. 

Alhamdulillah jugak la, masuk tempat kerja yang ketiga ni syukur agak bertahan lama walaupun kena maki nak cakap nak resign, silap sikit nak resign, hujung-hujung eh betahan jua haaha...but i must say, i tak pernah berhenti untuk carik-carik peluang,ya la mau juga up skit level kan dari apa yang ada sekarang, umur i pun dah lanjut. xkan la situ-situ jua kan. perancagan memang ada, tapi tu la penyakit MALAS i memang x boleh bawa bincang. buktinya master i belum habisss, padahal tinggal research ja pun! research tu bertahun tau satu hapa pun i x buat, mulut jangan cakapla, nak rajin la nak menelaah la tapi..hmmm orang yang belakang daripada i sambung study tu pn dah nak habis. i betul-betul ketinggalan. x taula pulak kawan i yang sambung d UTM tu dah habis ka jugak dia sebab dah lama kitorang x texting..sebab sebelum ni kami banyak share benda-benda. i ralat jugakla dengan kemalasan ni. namun i akan berusaha jugakla, eh i lambat-lambat i score ok. hehehe..


ok la Selamat Hari Pekerja untuk semua ya..bye.




No comments:

Saya Meluat.

Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti ma...