Assalamualaikum. Masih dalam mood puasa, yang keberepa tu aku tak tau la, sebab selagi belum raya, puasa la kot haahahaha...cakap pasal puasa ni, teringat lak masa aku kecil sampai la aku dewasa sekarang ni.
Masa kecil.
Bila tiba puasa aku adalah antara orang yang paling excited sebab seingat aku la, ramadhan ni kira satu bulan yang mana bagi aku bulan yang teramat istimewa, suasana bulan puasa pun ada sedikit 'lain' sebab masa tu rutin harian kita berubah dari segi pemakanan yang mana ada sahur dan berbuka. Teringat juga, masa aku kecil aku adalah orang yang paling awal bangun temankan mak aku masak, dan paling lambat tidur atau tidak tidur langsung sebab bersiap ke sekolah. Kalau ikutkan, aku sebenarnya di ' larang' berpuasa sebab masa dulu aku ni jenis suka sakit, kerap demam dan terlalu kurus. Tapi kerana 'semangat' tu aku puasa jugak la :)). Pokok pangkal, masa ni, aku seperti orang lain, teruja dan masih peringkat berlatih and yes, puasa setengah hari kerap diamalkan haaahhaha...
Masa Remaja.
Suasana bulan puasa masih sama pada aku sebab masa sekolah menengah, mungkin sudah tidak timbul teruja sebab sudah mengalami. Tapi tetap best sebab masih dapat berpuasa bersama keluarga, adik beradik, masih aku ingat setiap kali kami adik-beradik sahur pasti gurau senda, perancangan akan di buat untuk hari raya atau hal-hal lain. Cuma bila aku sambung belajar di luar dari tempat asal ku, memang berlainan sikit la, sebab jauh dari keluarga dan kawan-kawan. Masa di tempat orang aku, aku berpuasa dengan rakan serumah. Best jugak sebab aku dapat merasa macam mana erti berjauhan dengan keluarga. Lucu bila mengenangkan berbuka puasa bersama rakan-rakan serumah,. Masih aku ingat, setiap seorang kena sedia like dua atau tiga lauk, bayangkan kalau 7 orang??mau x kenyang?? Masa ni terawih aku hilang entah kemana..
Masa Bekerja.
Masa ni aku anggap puasa sudah menjadi kebiasaan, bukan apa, mungkin aku dah melalui fasa atau peringkat umur yang mana menunggu bulan puasa sudah menjadi satu perkara biasa dan tidak se teruja masa-masa aku yang lepas. Sekarang ni aku masih lagi menganggap berjauhan dengan keluarga sebab masa sekarang ni aku sudah bekerja dan lebih kepada berbuka puasa seorang diri atau dengan kawan-kawan, cuma ada sekali sekala tu baru lah aku meluangkan bersama dengan keluarga. Adik-beradik aku pun ada yang berkahwin dan sekarang ni aku punya anak buah. So sekarang ni aku lebih kepada anak-anak buah ku, menyediakan peruntukkan untuk diorang ni la..bertuah kan budak sekarang...?
End.
No comments:
Post a Comment