2:20am.Assalamualaikum bloggie. baru ada masa jejengok blog bloggie sambil dengar sportify ni ha. Macam ni la bloggie, kalau dengar lagu2 jiwa ni i rasa macam loser skit. yela dah la tengah malam-malam buta,sensorang pulak tu. nanges x berlagu la jawabnya. x la mcm sesetengah tu kan dah bercouple, berpasangan boleh 'berpelukan' semalaman eh...haaha..i? hanya mampu duduk belakang pintu ni menyendiri...urghhh nak hug jugakk..😣😣
My last update tu pasal kak m kan? hmm malas nak update lagi pasal dia bloggie..kang i membawang bawang disini macam masa x sesuaikn? i nak membawang dengan rerakan pn susah jugak sebab sesetengah rakan ni ada bermacam macam jenis, ni pun baru dapat tau jugak tapi ahhh malas la cakap2..yang sejenis jugak best ehhh....lagipn ramadan mood katanya kan?yang pastinya i dah x ambil port pasal dia ni lagi dah..cuci tangan. i nak update lagi satu kisah pasal sorang tu tapi pun malas jugak..haih tah papala manusia macam ni..baik didepan ibarat sesuci embun pagi sejok diawal pagi rupanya panas selepas itu..(peribahasa sendiri u, i punya suka k) haaha..
Alhamdulillah kalau lepas ni dah masuk 14 puasakan? rasa2 kat mall2 ni dah start la kot lagu raya, tapi i tetap mood lagu2 ramadan jugakla. i baru dengar lagu uji rashid ni. meremang pulak bulu roma. haish. i nak jugak update kenangan-kenangan ramadan berpuasa di zaman dulu lala tapi mcm tetiap tahun i update blog mcam benda yang sama jugak kot haha. boleh rujuk d entry2 lepas ya bloggie. satu ja i perasan. semakin hari kenapala masa ni cepat berlalu? perasan x? macam masa ni cepat yang terlalu cepat berlalu. i igt zaman i kekecik nak berbuka puasa tu pn ibarat menuggu sebulan bila mau raya..lambat lagi raya semua2 tu la. sekarang ni macam first day puasa tup2 14 hri dah...mcm kertu sangat diri ini.
Cuma satu i ada wish yang i sangat2 dambakan. berbuka puasa bersama famili lengkap and just my mum dad san adik beradik sahaja. err..ipar2, nephew and niece blh join jugakla cuma nak 'merasa' bersama semula tu i bebetul rindu. rindu yang tak terungkap. i remember masa remaja dulu selalu sahur bersama, gelak2 tapi kalau asa my dad x gelak ssngatla sebab dia x suka heheh..i nak mcm tu semula..ritu last year ada jugak cuma x lengkap sebab adik i yang no.4 dan 5 xda. dis year macam nampak keadaan tu masih samar2 nak berkumpul...cuma tu la i akan terus berharap jugak la..kalau ada pn yang tahun lepas tu yang ni je la..sedihnya...
lagi satu, i ada sedikit kerisauan la bloggie. pasal my new semester. i x register lagi sebenarnya. ni baru kejap tadi i bebaca emel cakap i x register. Betula tu sebenarnya..cuma dah sampai sampai emel tu ada apa2 ke...i dah reply pun tapi xtaula caner. kalau boleh kuar result dulu sebab kebiasannya i akan tunggu result i leluar then i register..di buatnya i fail ha....palis2 la kn..
ok la bloggie. i nak sahur awal la sebab mau tdo sudah. selamat berpuasa pada yang membaca.
End.
No comments:
Post a Comment