Kredit gambar dari 1 Suara Sabah
Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
1.Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara.
2.Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung.
3.Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak.
petikan dari berita http://beritasemasa.com/gaji-minimum-pekerja-swasta
Saya langsung tidak faham mengapa masih ada jurang perbezaan gaji minimum antara semenangjung Malaysia, Sabah, Labuan dan Sarawak?Memang ada betulnya komen-komen orang, mana perginya konsep 1Malaysia? 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' lepas tu perbezaan gaji minimum antara Sabah dengan amah Indonesia cuma RM100?(gaji minimum amah Indonesia RM700).Bergurau ka apa ni? Serius saya sebagai rakyat, langsung tidak faham.
Teringat saya lagu Yuna, penakut..lirik lagunya sering saya dan kawan-kawan jadi bahan gurauan...INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL BAGINYA, INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL BAGIKU..INI TIDAK ADIL...
Sabah dan Sarawak kaya 'HASIL' tapi...
End.
No comments:
Post a Comment