Assalamualaikum. Hari ni tidak banyak kerja (kalau hari-hari macam ni kan bagus?)...sambil melayari internet, saya terjumpa satu artikel..
Kredit Gambar: 1Suara Sabah |
Melihatkan gambar artikel ni, mengingatkan saya ketika saya mula-mula belajar dulu. Seorang pensyarah saya memberitahu, Malaysia memang mengamalkan kebebesan media tapi berpandu. Saya tidak berapa faham maksud 'berpandu', tetapi bila saya amati balik dan membelek surat khabar, baru lah saya faham apa maksud pensyarah saya cuba sampaikan. Dari situ jugalah saya mula bejinak-jinak membaca surat khabar, sebab sebelum ini saya pernah tidak pernah membaca suratkhabar dan saya ada satu teori ' Hanya orang tua sahaja yang baca surat khabar'...ya, kedengarannya bodoh tapi bila di ingat balik, seperti lucu.
Jadi berdasarkan artikel itu, bagi saya, kita bukan pengamal kebebasan media terbaik. Bagi pendapat saya, kebebasan media adalah semua perkara sama ada positif atau negatif berdasarkan kebenaran bukannya ada isi atau isu tersirat dan tersurat demi menjaga kepentingan 'perkara-perkara' lain.
Bagi yang pernah atau tengah belajar komunikasi massa mesti sudah faham maksud headline dalam gambar artikel di atas,Apapun pendapat masing-masing.
sekian.
No comments:
Post a Comment