Assalamualaikum, alhamdulillah bloggie, hari ni dalam sejarah sebab buat julung kalinya setelah seratus tahun menanti akhirnya hujan membasahi bumi..hihihi..ok gurau. Panas kan beberapa hari? kulit dan bibir kering, duduk dalam aircond pun terasa jugak panas, tapi syukurla hari ini hujan. Amin!
Alhamdulillah urusan-urusan peribadi semakin lancar, stress, kelam kabut tu biasalah kan? tapi alhamdulillah banyak juga perkara-perkara peribadi dapat diselesaikan. Aku ingat lagi pesan sorang member ni, walau apa juga tekanan, sentiasa postifi itu saja, dan kami sentiasa saling mengingati jugakla, heee..
Nak kongsi satu benda, hari tu aku MC lagi, sebelum in MC sebab sakit-sakit orang tua..kali ni sakit gigi, ampun aku gang, sakit yang x boleh buat tidur malam and muka jadi bengkak. Jadi memandangkan benda ini tidak boleh jadi makanya aku langsung ke klinik Dr Lim tu. so dpt la cuti sehari.
Yang tak bestnya, hmm, mcm mana ya, esokya aku sampai office, seperti biasa duduk dimeja dan termenung, kalau ada sesiapa yang pernah terbaca (kalaula ada) dulu ada buat entry pasal hal ni jugak, Sakitnya tuh disini (entri pun tak boleh blah hihi)..ok sambung, aku duduk dimeja dan termenung memerhatikan keadaan meja ku, dalam hati ku berkata 'ok, my boss duduk lagi meja ku, check my work dan kerja-kerja ku' hmmm setakat ni ok my work aku boleh cakap tak ada la teruk sangat kot. sebab aku sebenanrya dah bersiap siaga...tapi yang tak bestnya bila aku buka komputer...
lepas tu aku macam, what the FFFFFFF....! tak taula aku beberapa hari fikir juga, apa yang mamat ni nak sebenanrya? nak cari salah aku ke? ntahla benda macam ni sepertinya kepercayaan terhadap seseorang tu dah berada dalam tahap kosong. Serius aku x suka la macam ni, xdapat apa salah di meja, boleh pulak stalk komputer aku masuk username sendiri..macam..apakah?ke dia nak check aku letak gambar-gambar porno ke macam mana? lepas tu aku macam terfikir jugak, perkara ni akan berterusan kah? Sekarang ni pun kalau aku nak rancang cuti pun dah mula berfikir dah..bukanla aku takut sebab masalah kerja atau apa, tapi sebab percaya tu. Sekarang ni aku pun macam fake, ikut saja la cara kerja seperti yang diperintahkan, ikut susunan bla bla bla...masih menyesuaikan diri diri jugakla sebab sebelum-sebelum ni my work jenis yang berselerak, jadi tengah menyesuaikan diri. Tapi x tau la mana tau dah biasa nanti kan hehhe..Lepas tu minggu ni mood mamat tu ok sikit, dan boleh lak dia gegurau mesra kan..aku pun dah...eh dia ni dah kenapa? gembira semacam...
Ok la sebelum aku nak off to bed..tetiba nak belanja satu gambar terkini hihihi..
Aku tengok muka aku ni dah kertu da wei..dengan x shavenya dengan kulit kusamnya dengan ubannya macam keluar seketul macam dawai dengan mata merah haish..hihi....ni sebab beberapa hari x cukup tidor..ala selalu selfie nak hensem saja, sekali sekala burok sikit ok la kan..kita ni bukan sempurna pun..ok bye.
End.
No comments:
Post a Comment