Thursday, April 23, 2020

Selamat Berpuasa 1441H (2020)

Assalamualaikum bloggie. Ya Allah syukur rahmatnya hujan lebat sini, tejuk-tejuk saja..selesa! Hari ni kalau congak-congak PKP masuk hari ke 37...kan? lebih sebulan tu. and tadi lepas workout and i membaca sekejap segala news (malas buka tv) PKP sambung balik sampai  12/05/2020. Ha, betula tu yang kawan DM di IG tu cakap  pkp ni dia ada peringkat-peringkat nya. Ah x kisahla janji i ok, enjoy walaupun kekadang tu boring jugakla, Aktiviti i setiap pagi bangun kol 8.30 mandi lepas tu kerja bermula pukul 9 to 12pm -  1 till 4pm..statik jak depan laptop,eh i jujur ok, kalau tuang pun ala sikit-sikit saja, baring-baring kejap macam tu hehe. rumah i siap jadi jadi simpanan sementara barang-barang keperluan kilang ya..but still i happy jugak sebab xdala makan gaji buta sangat and yang penting x jumpa dengan orang-orang yang x disukai buat sementara waktu gituu haaha.. 

Masa yang sama hari ni, mulanya holy month of Ramadan, Yap, memang setiap ramadan bulan yang ditunggu-tunggu, entri i pun x pernah miss mesti i taip-taip sesuatu, lebih kepada mengimbau la macam entri Selamat Berpuasa 2019 banyak i cakap-cakap disitu. Tapi kalau sekarang nak mengimbau, dengan keadaan sekarang x la rasanya, sebab mungkin x hype macam dulu-dulu kan. so faham-fahamla keadaan sekarang ya, no bazar Ramadan , Terawih dirumah  dan mungkin saja no solat sunat Aidulfiti , betul-betul berbeza keadannya dengan norma-norma ramadan sebelum ni. Pokok pangkalnya, Sunyi




Jadi, i nak ambil kesempatan untuk ucap selamat berpuasa, Selamat menyambut bulan Ramadan 1441H untuk insan-insan yang dikenalila, my family, my friends. Mudah mudahan ditahun depan, inshaAllah akan kembali seperit biasa dari wabak luarbiasa ni. Aamin..

Oh ya, setiap kali ramadan atau time-time i bersedih sedihan atau tengah syahdu-syahdula..selalu dengar lagu ni. dah macam jadi my Ramadan anthem gitu ha..heheh...jangan lupa niat puasa ya. 


No comments:

Saya Meluat.

Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti ma...