Saturday, August 30, 2014

Slug: Disini lahirnya sebuah cinta...

Assalamualaikum. Tajuk macam jiwang lak kan??hehe di sini lahirnya sebuah chennttaaa...heheh..Tiba-tiba aku nak berterima kasih kat mak aku sebab kalau bukan dia lah yang selalu tonyoh kepala aku bangun awal, xda maknanya aku nak bangun awal cam sekarang ni hehehe.Awal ok aku bangun kul 6:30 am kau. orang kata bangun awal murah rezeki so harap-harap murah lah rezeki aku amin. So tadi bebangun ja terus call my mem yakni mak aku la, terasa rindu pula tetiba, biasalah gosip hehehe.

Apapun, aku pun xda apa benda nak hapdet sebab aku pun tak tau nak hapdet apa, just keidupan sekarang macam tu ja la, rumah-office-rumah then bz bz bz.. Nak jugak aku berjiwa2 di sini tapi nantilah..memandangkan esok nak sambut merdeka, kita sambut merdeka dulu, best tu isnin cuti kot..hmmm..teringat jugak time sekolah dodulu sambut merdeka dengan kengkawan semua, ala bukan ada benda pun, g makan lepas tu borak2 ntah apa diborak, xla aku tau, remaja kot time tu, jadi banyak benda itu ini, besar kecik, panjang pendek  semua nak borak hehehe..


Jadi Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57, Proud to be Malaysian! ok la sekarang ni macam biasa cuti2 ni aku jadi bibik. Nak cuci kain. Selonggok kain x cuci, bila nak ada bini niiii..hmmm..


end.

Tuesday, August 26, 2014

Slug: Cerita wayang - Lucy

Assalamualaikum, sedikit bz tapi sempat lagi update disini kejap. heheh x lama pun. saja aku nak info wayang terlatest aku tengok citer ni ha..



dah lama dah tengok citer ni 21hb hari tu lagi tapi baru nak update, memang best la, kasi 4 bintang. ok la bye buat keje dulu ye.

Friday, August 22, 2014

Slug: Jumaat, Hari berkabung.

Assalamualaikum, hari ni hari jumaat, hari ni hari kita berkabung untuk penumpang MH17 tu. So walaupun aku xda kena mengena dengan keluarga mangsa ka apa, tapi sedih tetap sedih. Ye la tu hari orang, hari kita xtau lagi..kalau aku tempat diorang aku tak tau la macam mana, tapi tu la ajal maut di tangan Allah, kita ni sebagai hamba mampu plan je, yang lain semua Dia yang tentukan.

So Al-Fatihah dan RIP untuk semua keluarga Manga MH17, semoga tabah.




Sekian.

Wednesday, August 20, 2014

Slug: Lagu Minggu Ini 15 - Crazy Stupid Love (Cheryl Coleft. Tinie Tempah)

Memula ada je idea benda nak cakap tapi hari ini betul-betul bz babi kunun haaha..sempat jugak makan sekejap dan dengar lagu sekejap..now playing..



layan betul aku lagu ni, ada twerk sikit2 hehe..esok-esok la update pe yang patut ye..hehe. ok la bye.

End

Sunday, August 17, 2014

Slug: 17 Agustus 2014, Indonesia Merdeka

Assalamualaikum. Baru bangun dan masih lagi diatas katil dengan bantal- bantal yang penuh bau-bauan hehe. Ringkas je hari ni sebab jap lagi aku nak jadi bibik, kekemas jap, cuci kain, semua2 la hehrh..

Objektif aku terbangun awal jugak sebab tadi sesembang dengan sorang kawan from tarakan, katanya hari ni hari kemerdekaan Indonesia..


Jadi memandangkan aku pn punya keluarga dari sana dan rakan-rakan jadi..to all: Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia.


Semoga terus maju.. ok la nak buat keje bye.

End.

Friday, August 15, 2014

Slug: Penat..

Assalamualaikum. Kadang-kadang bagus juga ada blog ni, sebab boleh buat apa saja yang kita rasa nak buat, nak mengadu pun senang. acam aku sekarang ni hehe, entahla, kalau ikutkan entri-entri sebelumya aku ni dah macam malas la nak meluah segala, tapi...kang aku simpan makin stress pulak aku, jadi dengan ini baik tetaip je kat sini. Tapi kali ni aku nak berkias sikit la..Aku sebenanrya penat tau..

1) Penat menunggu orang yang aku harapkan yang aku tak tau aku boleh harap ke tak..

2) Penat di salah erti dalam beberapa hal..

3) Penat terhegeh-hegeh dengan orang yang aku nak tapi orang tu macam nak tak nak je dengan aku..

4) Penat menyayangi orang yang mana aku pun x pasti dia ni sayang ke tak dengan aku..


5) Penat jadi tunggul semata-mata kau!

6) Penat berfikir bila setiap kali aku tidur aku asyik ingatkan kau tapi aku tak tau ko ada fikir aku ke tak.

7) Penat bila aku orang terakhir mendapat layanan bila setiap kali aku tengok kau lebihkan orang lain,
    kawan-kawan kau walaupun mungkin aku ni sekadar kawan kau je

8) Penat bila aku tengah buat kerja tapi dalam otak aku ni hanya kau bermain dalam fkiran

9) Penat dengan karenah sesetengah orang yang macam taik

10) Penat percaya dengan orang tapi orang tu sebenarnya fake.

11) Penat dengan kau, samaada kau sedar atau tidak kau buat kelihatan bodoh.

Last sekali..aku penat tau mengalah, mengalah dengan semua orang yang bagi aku berlagak bagus. Ok fine kalau kau bagus, tapi tolong la..

aku cuba untuk positif dan mungkin segala-galanya akan pulih, tapi ntahla...

:((

end.



Wednesday, August 13, 2014

Slug: Cerita Wayang - Step Up All In

Assalamualaikum, Walaupun penat tetapi tetap jugak melayan ceita ni. Alkisahya semalam macam biasa selepas workout kununya bersiap p tengok wayang, entah kenapa macam x tertarik pula aku denga cerita Ninja Turtle ni, so aku tengok citer ni..



Hmmm, x sia-sia jugakla tengok cerita ni sebab rasanya aku dah pernah tengok siri step up yang lain tu, ceritanya memang best, x bosan , lagu semuanya catchy, bestla..bolehla kalau nak fefeling macam Ryan Guzman (sean) tu ha silala tengok citer ni hehe..

ok la bye.

Wednesday, August 6, 2014

Slug: Cerita Wayang (Hercules)

Assalamualaikum. ni cerita semalam malam, dah xda kerja, so masa-masa aku habiskan dengan p cinema, dok tengok tv asyik siaran ulangan jadi muak pulak aku. So aku bersama seorang lagi rakan tengok citer ni..



Pendapat aku la, siapa-siapa yang belum tengok cerita ni, aku btau awal-awal, kalau x p tengok pun xpa, seriously aku malam tadi boring yang amat...ke salah mata aku mengantuk? xtaula tapi memang citer ni kadang ok, kekadang xok dengan lawak yang baru nak menjadi tapi x menjadi, tapi mungkin sebab Dwyne Johnson so mungkin orang datang tengok. So aku kasi 3 bintang. ok bye.

End.

Tuesday, August 5, 2014

Slug: Cerita Wayang (The White Haired Witch Of Lunar Kingdom)

Assalamualaikum. Tetiba pulak nak update pasal wayang, aku x nak la cakap yang aku ni kaki wayang tapi rajin jugakla kalau ada masa lapang tu aku tengok wayang. So agak banyak jugakla aku update wayang-wayang terkini, malas nak tunjuk je tiket2 kecik tu yg aku kumpul, kang ko nangis..hehe cuma baru ni je aku rasa nak buat update sikit pasal cerita yang aku tengok semalam malam, cerita cina  ni ha..


So far aku tengok kalau lima bintang tu aku kasi 3 sajala, jalan cerita ok, cuma walaupun atak utama dia Fan BingBing ntah kenapala aku rasa watak tu macam x lead pun, cam watak hero tu lagi lebih kedepan. lepas tu hujung cerita tu dia macam tergantung sikit, Ending dia cam happy ever after ke ada sambungan xtau, cerita sida yang khianat maharaja pun x tunjuk lagi mcm mana kesudahannya, 

Fan BingBing ni ok tapi cam kayu-kayu sikit, tapi kalau bab2 kung fu Zhang Ziyi ok lagi kot, x pun Michele Yeoh tapi Michele tu dah tua sikit la. ok bye.

End.

Monday, August 4, 2014

Kg Raya..

Assaalamualaikum. Hari ini 04 Ogos, baru la  ada kesempatan mengupdate blog. Last sekali aku memang bz sikit la nak setel itu ini, tapi x sebenanrya x jugak setel-setel.  Memandangkan tiada WIFI di kawasan kampung aku ni yang  kununya kawasan kampung jalur tanpa wayar tapi memang xda pun, nak mintak jiran sebelah punya password seganla pulak, sebab biasanya bab2 internet ni biasanya aku memang harap WIFI FREE. Macam kedekut lak aku ni kan. So tadi sampai saja di kantor ha terus... Apapun best jugakla sebab xdala aku mengadap sangat HP aku tu, kira cam rehat jugakla dari dari segala-segala disitu, kalau ada pn sms dengan beberapa orang je, tu pun yang mereply sahabat ku seperti biasa Jue. Yang lelain tu memang hmmm watever..

Well, tentu-tentunya aku  nak cerita  pasal raya kan, kata mood raya hehe, tapi x lama lagi keje la, hummm tu yang bosan tu.  Bebralik pada cerita raya, macam biasa aku balik kampung awal sikit hurmmm 3 hari sebelum raya kot masa tu 24hb. Macam tu la anak bujang, kena balik awal sikit bantu orang tua apa yang patut.  Nak harap yang dah kahwin tu memang x la sebab diorang yakni adik beradik lain dah kahwin so sibuk dengan family sendiri, anak lagi nak-nak abang and adik aku tu baru je melahirkan baby, Yang seorang tu pulak sibuk nak prepare kahwin dan yang sorang lagi tu sibuk apa ntah aku pun xtau la apa kesudahannya. Aku jugaaakk la harapan hehe.

Raya tahun ni macam biasa jela, macam tahun tahun sebelumnya, tugas aku pun macam biasa jugak balik kampung kemas rumah, yela kata setahun sekali. Tapi aku rasa dari aku kecik-kecik kot tugas aku asyik yang sama sajalah . Hehehe. sesekali tu ni ha..menyelfie dengan mamat ni..

mamat ni xda kerja lain..


Hehehe lepas tu buat apa ja? kumpul barang-barang yang x terpakai simpan, sapu-sapu sikit





Sampaila malam raya tu biasanya kitorang x tidur pun, kalau tidur pn kul 4am kot tidur sebabnya nak tunggu burasak masak. Lama kau nak masak berjam-jam..Burasak ni kalau ikutkan makanna wajib setiap kali raya la, tu wajib ada pastu ayam masak likkuk (ayam masak yang campur lengkuas dengan santan tu) ayam masak kicap, dan sayur-sayur sikit, xdala fancy-fancy sangat sebab janji makan. 

Kegemaran!

First Raya tu aku xda buat apapun, maxcam biaaa jugak bangun awal pagi sesiap p masjid solat raya, balik solat raya tu makan-makan lepas tu macam biasa selfie lagi hehe..


Selebihnya layan bebudak ni semua.

kantoi 'chibi maruko' and 'Shin Chan' kiss2..

Dengan si Kakak 'Elsa'




Selebihnya terbongkang dengan mamat ni..


ok. bye.



Saya Meluat.

Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti ma...