Monday, May 21, 2012

Slug: Lagu Minggu Ini (1)


Assalamualaikum..eceh tajuk x boleh blah haahahah..saya blur hari ni sebab tidak tau nak update apa?? terus ku layan saja ini lagu..



Kredit : Youtube

Happy work :)

End.

Thursday, May 17, 2012

Slug: Kenyataan Maaf Harian Metro

Assalamualaikum, setiap minggu saya pasti peruntukkan masa dengan membaca suratkhabar online, dan minggu lepas saya baca artikel ni..

Gambar dari  50 000 Rakyat Sarawak Boikot Harian Metro

dan baru tadi saya ada baca artikel ni :

                                                   Gambar Harian Metro 17 Mei 2012


Pada yang baca, mungkin sudah tahu tentang si penulis melaporkan kewujudan perkahwinan songsang adik beradik dan ibu bapa dari suku kaum Penan sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan kaum Penan itu sendiri. Tadi saya buka balik Metro Ahad yang mana artikel itu pun sudah di 'buang'. 

Nah, lain kali siasat dulu sama ada perkara sama ada perkara ini betul atau tidak, jangan main hentam keromo bila menulis sesuatu yang boleh mendatangkan sensitiviti. Alahai...

Teringat kenangan semasa belajar di Sarawak dulu. Memang best!

End.


Wednesday, May 16, 2012

16/May/2012

Assalamualaikum, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru masa saya sekolah rendah, menengah, Pensyarah-pensyarah ku masa saya di kolej dan universiti..walaupun saya tau bukan semua guru atau pensyarah kenal saya pun...rasanya satu orang pun tak ingat kot hehe.. 

Terima kasih sebab berikan aku tunjuk ajar dan turunkan ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak aku cerap.. Alhamdullilah banyak yang aku pleajari sepanjang bergelar pelajar mu..Terima Kasih CIKGU!

Gambar dari I luv Islam.com..tq :)

Tapikan guru dulu-dulu tampak berbeza dengan guru-guru sekarang. Sama juga dengan murid-murid. Nanti ada masa saya akan cerita.

End.





Tuesday, May 15, 2012

New Series - Revenge

Assalamualaikum. Masih lagi saya terkejut awal-awal pagi..LEWAT ke kantor! aduh....sudahnya, saya terpaksa bohon sunat kepada bos..semalam saya tidur lambat..hari-hari pun macam tu jugak. saya bangun tepat pukul 9:10 pagi tadi, itu pun sebab saya terdengar radio era..radio nombor satu lah katakan.. Ada seorang caller, lelaki buat announcement pasal fasha sandha mengandung....masa itu juga saya terkejut, terus ku capai tuala ku mandi kambing. Apapun, perlukah buat announcement pasal fasha mengandung???nonsense!

Nasib baik tidak apa-apa kerja yang penting  hari ni, relax sedikit tapi saya cuba untuk tidak makan gaji buta. Ada satu series yang aku nak share sebab lately ni saya rasa kalau tidak tengok seperti ralat. Nama series tu Revenge yang mana sekarang ni main kat astro 711 setiap hari isnin dan selasa pukul 10:45 PM.

Gambar dari Google

Siri ni best sebab setiap watak yang mereka lakonkan  menarik dan plot cerita memang best sebab saya sebagai penonton tidak dapat mengagak apa yang berlaku seterusnya, dan yang penting cerita ni langsung tidak boring.

end.

Monday, May 14, 2012

Mak...

Assalamualaikum. Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak saya. kalau ikutkan perancangan asalnya, kelmarin saya ingat nak habiskan masa dengan bergayut (call) dengan mak, tapi hanya sempat dapat sms sahaja.Ala, bukan setakat hari ibu baru nak bergayut dengan mak, saya kalau boleh memang hari nak call sebab sememangnya mak saya memang banyak 'cerita-cerita' cuma hari ibu macam kira special sikitla. jadi, baru tadi saya habiskan masa bergayut dengan mak, walaupun saya tengah waktu kerja, sebenanrya tidak banyak kerja pun hari ni hehehe.. 




Semua orang ada tanggapan sendiri mengenai mak masing-masing, mak paling baik, sempurna, jasa mu di kenang dan macam-macam lagi la, jadi, sama la macam aku. Cuma ada satu persoalan yang saya rasa pelik bila orang selau bertanya...'KO NI ANAK MAK KE?'..err itu soalan ke jawapan ha???

Mak, Terima Kasih, kasih sayang mu memang tidak ternilai..

Thursday, May 10, 2012

Gaji Minimum (Ini Tidak Adil)

Assalamualaikum. lagi mau kongsi satu artikel. Mungkin sudah basi tapi bagi saya rasa lucu, kadang-kadang geram pula memikirkannya. Nah..

Kredit gambar dari 1 Suara Sabah

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam


Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
1.Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara.
2.Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung.
3.Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak.
Saya langsung tidak faham mengapa masih ada jurang perbezaan gaji minimum antara semenangjung Malaysia, Sabah, Labuan dan Sarawak?Memang ada betulnya komen-komen orang, mana perginya konsep 1Malaysia? 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' lepas tu perbezaan gaji minimum antara Sabah dengan amah Indonesia cuma RM100?(gaji minimum amah Indonesia RM700).Bergurau ka apa ni? Serius saya sebagai rakyat, langsung tidak faham. 
Teringat saya lagu Yuna, penakut..lirik lagunya sering saya dan kawan-kawan  jadi bahan gurauan...INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL BAGINYA, INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL BAGIKU..INI TIDAK ADIL...
Sabah dan Sarawak kaya 'HASIL' tapi...
End.

Wednesday, May 9, 2012

Media kita bebas?


Assalamualaikum. Hari ni tidak banyak kerja (kalau hari-hari macam ni kan bagus?)...sambil melayari internet, saya terjumpa satu artikel..


Kredit Gambar: 1Suara Sabah

Melihatkan gambar artikel ni, mengingatkan saya ketika saya mula-mula belajar dulu. Seorang pensyarah saya memberitahu, Malaysia memang mengamalkan kebebesan media tapi berpandu. Saya tidak berapa faham maksud 'berpandu', tetapi bila saya amati balik dan membelek surat khabar, baru lah saya faham apa maksud pensyarah saya cuba sampaikan. Dari situ jugalah saya mula bejinak-jinak membaca surat khabar, sebab sebelum ini saya pernah tidak pernah membaca suratkhabar dan saya ada satu teori ' Hanya orang tua sahaja yang baca surat khabar'...ya, kedengarannya bodoh tapi bila di ingat balik, seperti lucu.

Jadi berdasarkan artikel itu, bagi saya, kita bukan pengamal kebebasan media terbaik. Bagi pendapat saya, kebebasan media adalah semua perkara sama ada positif atau negatif berdasarkan kebenaran bukannya ada isi atau isu tersirat dan tersurat demi menjaga kepentingan 'perkara-perkara' lain. 

Bagi yang pernah atau tengah belajar komunikasi massa mesti sudah faham maksud headline dalam gambar artikel di atas,Apapun pendapat masing-masing.

sekian.

Saya Meluat.

Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti ma...